April 19, 2024

Search
Close this search box.

Projek Taman Eko Sungai Selangkah di bawah naungan projek University for Society (U4S) Zon Selatan : Sungai Nadi Kehidupan Sungai Kim Kim telah menerima kunjungan daripada Menteri Alam Sekitar dan Air Malaysia (KASA), Yang Berhormat Tuan Ibrahim Tuan Man dan Ketua Setiausaha Kementerian Alam Sekitar, Datuk Seri Ir Dr Zaini Ujang.

Projek Pemulihan Dan Kelestarian Sungai Kim-Kim U4S Zon Selatan : Sungai Nadi Kehidupan Sungai Kim Kim merupakan sebuah yang telah diberi amanah kepada UTM untuk menjadi ketua projek untuk pemulihan Sungai Kim Kim setelah tragedi hitam pencemaran pada tahun 2018.

Projek ini yang telah memasuki fasa pembangunan ini telah mendapat kerjasama daripada pihak Majlis Bandaraya Pasir Gudang (MBPG), Jabatan Pengairan & Saliran (JPS), Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) dan Universiti Teknologi Malaysia (UTM) juga komuniti industri di Pasir Gudang.

Ketua Setiausaha Kementerian Alam Sekitar, Datuk Seri Ir Dr Zaini Ujang (kanan) membina denai sebagai tanda lawatan kerja

Lawatan kerja ini adalah bagi melihat sendiri kemajuan projek dan juga memulakan pembinaan denai di sepanjang Sungai Selangkah.

Pada lawatan tersebut YB Tuan Ibrahim juga telah sama-sama menanam pokok sebagai tanda lawatan manakala Datuk Seri Ir Zaini Ujang telah sama-sama membina denai di sepanjang Sungai Selangkah serta menanam sebatang pokok sebagai tanda lawatan kerja tersebut.

Menteri Alam Sekitar dan Air Malaysia, YB Tuan Ibrahim Tuan Man turut sama menanam pokok

Pada program tersebut juga YB Menteri juga telah memaklumkan bahawa sisa kumbahan yang dilaporkan baru-baru ini tidaklah begitu berbahaya kepada penduduk setempat.

Melalui sampel yang telah diambil, didapati ianya hanya pelepasan biasa daripada kilang dan tidak teruk seperti pencemaran yang berlaku pada tahun 2019.

Kementeriannya fokus untuk mengawal pencemaran sungai tersebut dan Projek Eko Sungai Selangkah ini merupakan salah satu program bersama komuniti dan melibatkan juga pelbagai pihak untuk menceriakan sungai daripada tercemar semula

Explore More