Disember 23, 2024

JOHOR BAHRU, 25 Mac – Sinergi pengurusan Kolej Tun Hussein Onn (KTHO) dengan Majlis Felow Merbauan (MAFAN), Jabatan Timbalan Naib Canselor (Pengurusan), Jabatan Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar) dan Jawatankuasa Kolej Mahasiswa Kolej Tun Hussein Onn (JKM KTHO) telah dapat dibentuk dalam usaha untuk melaksanakan penilaian dalaman bagi persiapan Audit Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (AKKP).

Inisiatif ini penting dalam usaha untuk merealisasikan hasrat universiti berdasarkan nilai teras keempat enVision UTM 2025 di bawah keutamaan strategik yang keenam iaitu menyediakan suasana kampus lestari kepada pelajar, staf dan masyarakat sekitar UTM.

Bagi penilaian dalaman AKKP pada kali ini, juruaudit dalaman yang dilantik terdiri daripada felow, pembantu felow, staf Jabatan Timbalan Naib Canselor (Pengurusan), staf Jabatan Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar) dan Biro Keselamatan dan Kesihatan JKM KTHO.

Sebelum penilaian dimulakan, semua juruaudit yang dilantik diberi taklimat mengenai garis panduan penilaian oleh En. Shamsul Azli Shamsuray, felow KTHO terutama mengenai kaedah penskoran dan pendokumentasian bukti bergambar.

Kemudian, barisan juruaudit dipecahkan kepada enam zon, iaitu Zon A, Zon B, Zon C, Zon D, Zon E dan Zon F untuk sesi penilaian dan pengumpulan bukti. Sesi penilaian dalaman AKKP berlangsung dari jam 9.45 pagi sehingga jam 12.00 tengah hari.

Dengan adanya penilaian peringkat dalaman AKKP bagi KTHO, adalah diharapkan prasarana dan infrastruktur kolej kediaman dapat ditambah baik bagi memberi keselesaan yang optimum kepada warga KTHO, seterusnya memastikan KTHO sentiasa berada dalam keadaan selamat demi kemaslahatan mahasiswa dan mahasiswi yang mendiaminya.

Hasil pemeriksaan terhadap alat penggera dan pemadam kebakaran serta lampu keselamatan yang tidak berada dalam keadaan yang memuaskan.
Infrastruktur dan fasiliti yang perlu diperbaiki demi memastikan tiada kejadiaan yang tidak diingini berlaku.
Juruaudit dalaman yang dilantik sedang melaksanakan proses penskoran dan pendokumentasian bahan bukti.

Explore More