Disember 26, 2024

Majlis Felow Merbauan (MAFAN) bersama barisan pentadbiran pejabat Kolej Tun Hussein Onn (KTHO) dengan kerjasama Pejabat Hal Ehwal Pelajar (HEP) Universiti Teknologi Malaysia (UTM) dan Pusat Pelestarian UTM (UTMCS) telah memulakan fasa awal bagi inisiatif projek kelestarian ‘KTHO Waste to Wealth Hub’ yang menumpukan kepada konsep kitar semula sisa makanan, lanskap dan pertanian ke arah ‘Sustainable Farm’, sekaligus menyokong teras keempat di dalam pelan strategik UTM iaitu EnVision 2025.

Dengan SOP Covid-19 yang ketat, fasa pertama projek ini telah dilaksanakan pada 13 Mac 2021 (Sabtu), bermula jam 8.30 pagi diketuai oleh Pengetua KTHO, Dr. Norahim Ibrahim, MAFAN dan dua orang pelajar pascasiswazah dari Jabatan Biosains, Fakulti Sains.

Projek ini bertempat di sekitar bangunan pentadbiran KTHO, dijangka melahirkan sebuah makmal hidup bertujuan menggalakkan warga kampus supaya mengamalkan gaya hidup lestari di dalam konteks pengurusan sisa pepejal domestik.

Terdahulu, KTHO berjaya memperoleh penajaan program secara in-kind berupa kayu pallet dari sebuah syarikat di Pasir Gudang, yang merupakan salah satu elemen penting di dalam menghasilkan ‘raised bed’ atau “planter box”.

Projek dimulakan dengan proses pengukuran, pemotongan dan penyambungan kayu pallet untuk membentuk ‘raised bed’. Setiap ‘raised bed’ diisi dengan tanah campuran dan daun kering yang dikumpulkan dari sekitar kolej kediaman yang telah dikisar halus.

Anak-anak pokok ketum ayam (Madre de agua) yang disemai dari keratan batangnya pula kemudiannya dipindahkan ke dalam ‘raised bed’ yang telah terhasil. Kulit bawang merah dan bawang putih yang merupakan sisa dapur kemudiannya ditabur, bagi meningkatkan kesuburan tanah. 

Pokok ketum ayam dipilih kerana ia boleh dijadikan makanan alternatif kepada haiwan ternakan seperti ayam, lembu, kambing dan ikan di negara ini berikutan kandungan proteinnya yang tinggi hasil kajian saintifik.

KTHO mengambil pendekatan kitaran lengkap tinjak ayam yang akan diproses menjadi baja kompos, diikuti dengan aplikasi baja tersebut di dalam aktiviti pertanian organik.

Program berbentuk inovasi itu kemudiannya diteruskan dengan demonstrasi penggunaan ‘drone’ sebagai alat bagi proses pemantauan (monitoring) dan pemerhatian (observation) di dalam mengenalpasti punca-punca pencemaran air di lokasi-lokasi seperti tasik dan sungai yang kini dihuni oleh spesies ceroboh (invasive species), khususnya hidupan akuatik dan juga tumbuhan air di sekeliling KTHO.

Demonstrasi telah dilakukan oleh Dr. Mohd Farizal Ahmad Kamaroddin, pensyarah kanan Jabatan Biosains, Fakulti Sains yang juga merupakan felow kolej tersebut.

Anak-anak pokok ketum ayam (Madre de agua) yang akan dipindahkan ke dalam ‘raised bed’.

Kayu pallet yang merupakan hasil penajaan in-kind dari sebuah syarikat di Pasir Gudang

Proses pengukuran, pemotongan dan penyambungan kayu pallet untuk dijadikan ‘raised bed’.

Proses pengisian tanah campuran dan daun kering yang dikumpulkan dari sekitar KTHO ke dalam raised bed..

Kulit bawang merah dan bawang putih ditabur untuk menyuburkan tanah.

Hasil akhir anak-anak pokok ketum ayam yang telah dipindahkan ke ‘raised bed’.

Peserta projek diberi taklimat penggunaan ‘drone’ untuk tujuan pemantauan (monitoring) dan pemerhatian (observation).

Demonstrasi penerbangan ‘drone’ ditunjukkan oleh Dr. Dr. Mohd Farizal Ahmad Kamaroddin, felow KTHO.

Explore More