April 26, 2024

Search
Close this search box.

Pada 4 Februari 2021, Biro Kerohanian dan Sosial, Jawatankuasa Kolej Mahasiswa Kolej Tun Hussein Onn (JKM KTHO) UTM sesi 2020/2021 dengan kerjasama Majlis Felow Merbauan (MAFAN) telah menganjurkan program Halaqah Ilmu Bulanan Siri 3 bertajuk Doa + Usaha + Ikhtiar + Tawakkal menerusi aplikasi persidangan video Google Meet.  

Program ini disertai oleh 100 orang mahasiswa merupakan antara inisiatif sentuhan kerohanian anjuran pengurusan KTHO UTM sebelum menjelangnya peperiksaan akhir semester. Program bermula pada pukul 7.45 malam, dengan perkongsian disampaikan oleh En. Mohd Fadthul Ikmal bin Misnal, Pembantu Felow KTHO UTM.

Perkongsian pada kali ini menyentuh konsep-konsep doa, usaha, ikhtiar dan tawakkal. Pengisian pada kali ini menekankan mengenai konsep ikhtiar dan tawakkal menurut fahaman aqidah Ahlus Sunnah wal Jamaah. Turut disentuh adalah adab berdoa sebagaimana yang dituntut oleh syarak. Kaedah mendapatkan ilmu, memahami ilmu dan memelihara ilmu menurut Al-Quran turut dibincangkan. Program berakhir pada pukul 8.30 malam.

Kesimpulannya, program ini mendapat sambutan yang hangat daripada warga KTHO yang rata-ratanya sangat berpuas hati dengan pengisian yang disampaikan. Semoga perkongsian ini dapat dijadikan panduan oleh mahasiswa dalam usaha untuk terus istiqamah bertaqwa kepada Allah S.W.T, di samping mengejar kecemerlangan akademik, sepertimana firmanNya di dalam Surah At-Talaq, ayat ke-2 dan ke-3:

‘’Dan sesiapa yang bertaqwa kepada Allah (dengan mengerjakan suruhanNya dan meninggalkan laranganNya), nescaya akan dijadikan baginya jalan keluar (dari segala kesulitan). Serta memberinya rezeki dari jalan yang tidak disangka-sangka. Dan (ingatlah), sesiapa berserah diri sepenuhnya kepada Allah, maka Allah cukupkan baginya (untuk menolong dan menyelamatkannya).

Sesungguhnya Allah tetap melakukan segala perkara yang dikehendakiNya. Allah telah pun menentukan kadar dan masa bagi berlakunya tiap-tiap sesuatu’’.

Kaedah menuntut ilmu menurut Al-Quran turut menjadi sebahagian perkongsian program.
Antara rutin ibadah dan adab belajar yang dicadangkan untuk diamalkan oleh mahasiswa dan mahasiswi.
Selamat berjaya diucapkan kepada semua mahasiswa dan mahasiswi UTM dalam peperiksaan akhir semester 1 2020/2021.
Warga KTHO yang turut sama mengimarahkan program Halaqah Ilmu Bulanan siri 3.

Explore More