April 26, 2024

Search
Close this search box.

Universiti Teknologi Malaysia (UTM) sekali lagi telah meneruskan inisiatif keprihatinan kepada golongan yang memerlukan.

Terkini, UTM melalui Unit Dana Wakaf telah menghulurkan bantuan kepada 50 orang warga UTM kategori B40 melalui sebuah Majlis Penyampaian Sumbangan Manfaat Wakaf.

Program tersebut diadakan secara pandu lalu (Drive thru) dengan mengikut Prosedur Operasi Standard (SOP) Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Bantuan tersebut telah disampaikan oleh Naib Canselor, Prof Datuk Ts. Dr. Ahmad Fauzi bin Ismail di Foyer, Bangunan Canseleri Sultan Ibrahim, UTM.

Turut hadir ialah Prof Dr Mohd Hamdan bin Ahmad, Timbalan Naib Canselor Pembangunan dan Prof Dr Mohd Zaki bin Kamsah, Pengerusi Bahagian Pemajuan Jabatan TNCP

Pengarah Unit Dana Wakaf UTM, Prof Madya Dr Ahmad bin Che Yaacob berkata, sumbangan tersebut adalah daripada hasil pelaburan dari dana wakaf UTM.

Sebahagian dari hasil keuntungan pelaburan wakaf diagihkan kepada Mauquf Alahi iaitu penerima manfaat wakaf.

“Penerima bantuan menerima sumbangan manfaat Wakaf UTM berupa barangan dapur seperti beras, minyak masak, sardin, teh, sabun dan lain-lain keperluan harian yang kesemuanya bernilai kira-kira RM100 setiap seorang.

Sumbangan adalah diberikan kepada staf dari golongan asnaf B40 yang telah disaring.

Bantuan ini diharap dapat meringankan beban yang ditanggung akibat pandemik COVID-19,” kata beliau.

Naib Canselor, Prof Datuk Dr Ahmad Fauzi bin Ismail semasa sesi penyerahan sumbangan kepada penerima
TImbalan Naib Canselor Pembangunan), Prof. Ts. Dr. Mohd Hamdan Bin Haji Ahmad turut menyampaikan bantuan
TImbalan Naib Canselor Pembangunan), Prof. Ts. Dr. Mohd Hamdan Bin Haji Ahmad menyerahkan cenderahati kepada Prof Datuk Dr Ahmad Fauzi bin Ismail

Explore More