UTM CRES iktiraf Pasukan Briged Wakaf

Disediakan oleh : Dr Noor Azimah Ghazali & Mohamad Saufee Bin Anuar

Keprihatinan Briged Waqaf (BW) dalam memainkan peranan penting dalam melaksanakan aktiviti tanggungjawab korporat, telah meraih perhatian dari Pusat Kajian Harta Tanah (UTM CRES) untuk mengiktiraf agensi ini di samping menjalinkan kerjasama untuk kajian pembangunan hartanah wakaf di Johor.

BW merupakan barisan hadapan bagi Waqaf An-Nur dan Kumpulan JCorp yang menghulurkan bantuan apabila berlaku sesuatu bencana yang menimpa masyarakat setempat.

Presiden UTM CRES, Prof Madya Dr Ibrahim Bin Sipan berkata, usaha pasukan Briged Waqaf ini dilhat dapat mengurangkan beban kerajaan untuk membantu masyarakat harus diiktiraf.

“Usaha murni ini harus menjadi contoh kepada lebih banyak pasukan perbadanan, agensi kerajaan dan NGO untuk bersama-sama menghulur bantuan secara fizikal mahupun melalui bantuan kewangan.” kata beliau.

Bermula apabila negeri Johor ini ditimpa banjir besar pada tahun 2008, pasukan Briged Waqaf terus menjadi antara pasukan terawal menghulur sumbangan kepada mangsa banjir di negeri ini.

Selain keperluan makanan asas kepada mangsa banjir, bantuan pembersihan turut dilakukan.

Terkini, banjir di Kota Tinggi, pasukan Briged Waqaf telah membantu membersihkan Surau, masjid dan dewan orang ramai.

Dalam situasi semasa ini, pasukan Briged Waqaf turut membantu pasukan hadapan mengekang penularan wabak Covid-19. Pasukan Briged Waqaf dengan kerjasama pelbagai agensi terlibat di dalam kerja-kerja disinfeksi di premis-premis milik kumpulan JCorp.

Selain itu juga, Pasukan Briged Waqaf turut menghulur sumbangan berupa pek makanan asas kepada pasukan barisan hadapan dan orang ramai yang terkesan akibat pandemik Covid-19 ini.

Menghadapi ujian dan bencana alam adalah sesuatu yang tidak dapat dijangka dan bukan mudah untuk diatasi.

Briged Waqaf sentiasa memastikan pasukannya bersedia apabila diperlukan, untuk itu pelbagai latihan dan kursus diatur sepanjang tahun.

Antara kursus dan latihan yang dibuat adalah asas pertolongan cemas dan Kursus Sukarelawan CDERT (Civil Defence Emergency Response Team) yang sering diadakan dengan kerjasama Angkatan Pertahanan Awam Malaysia.

Sehingga kini, pasukan Briged Waqaf mempunyai seramai 1137 anggota yang terdiri daripada anggota pekerja Kumpulan JCorp.

Leave a Comment

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *