PKP: MJIIT Raikan Graduan Dalam Suasana Sederhana Tapi Meriah

KUALA LUMPUR 17 Feb. — Malaysia Japan International Institute of Technology (MJIIT), Universiti Teknologi Malaysia (UTM) buat pertama kalinya menganjurkan majlis graduasi kepada 261 orang graduan MJIIT secara versi maya melalui portal Facebook mereka, https://www.facebook.com/mjiitutm/?tn=kC-R.

Susulan pandemik Covid-19 dan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), Perintah Kawalan Pergerakan Diperketat (PKPD) dan Perintah Kawalan Pergerakan Bersasar (PKPB), MJIIT telah bersetuju sebulat suara untuk menganjurkan majlis graduasi pelajar secara maya.

Untuk menjayakan majlis ini, semua kakitangan MJIIT dari setiap unit memberikan masa dan usaha mereka untuk menyediakan segala perkakas dan persediaan untuk majlis graduasi ini.

Upacara majlis dimulakan dengan bacaan doa oleh En. Khairul Izzuan bin Abd Karim dan diikuti dengan video ucapan daripada pelajar graduan, alumni dan ibu bapa graduan.

Sebelum memulakan majlis graduasi 2020, Dekan MJIIT, Prof. Ts. Dr. Ali Bin Selamat telah memberikan ucapan alu-aluan.

Dekan , Prof. Ts. Dr. Ali Bin Selamat semasa sesi ucapan alu-aluan.

Dalam ucapan yang penuh berinspirasi, Prof. Ts. Dr. Ali Bin Selamat telah menyampaikan ucapan tahniah dan terima kasih kepada semua graduan khususnya dan juga seluruh ahli keluarga graduan termasuk ibu, bapa, suami, isteri dan anak-anak atas kejayaan graduan yang telah menamatkan pengajian dengan cemerlang.

Bagi majlis meraikan graduan kali pertama ini, seramai 261 pelajar MJIIT daripada setiap program pascasiswazah dan juga prasiswazah telah berjaya menyelesaikan pembelajaran mereka terbahagi kepada 72 pelajar pascasiswazah dan 188 pelajar sarjana.

Terdapat dua orang graduan yang merupakan adik-beradik telah berjaya mendapat PhD daripada MJIIT UTM iaitu Nurul Hidayah Shabdin dan Muhammad Kashfi Shabdin. Muhammad Kashfi Shabdin ini juga merupakan penerima Anugerah Kecemerlangan Industri Prasiswazah MJIIT oleh Akademia Baru Publishing yang dipilih berdasarkan penerbitan yang banyak.

Pada hari yang cukup mengembirakan tersebut, suasana sedikit tersentuh apabila pengacara mengumumkan seorang graduan yang telah meninggal dunia iaitu Ahmad Ikram bin Omar yang tidak sempat meraikan kejayaan beliau. Takziah diberikan kepada ahli keluarga Allahyarham Ahmad Ikram.

Pada masa yang sama, Dekan MJIIT juga telah menyampaikan sijil Ijazah Sarjana Muda kepada keluarga arwah Ahmad Ikram bin Omar.

Pihak keluarga merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada pihak fakulti dan UTM kerana telah memberi peluang kepada arwah untuk mencari ilmu di UTM serta telah memberi sumbangan hasil kutipan derma warga fakulti sebanyak kira-kira RM6000 dan menyediakan van jenazah (dari PHB) untuk kegunaan ketika urusan terakhir arwah.

Dekan, Prof. Ts. Dr. Ali Bin Selamat menyerahkan sijil kepada keluarga arwah Ahmad Ikram bin Omar.

Daripada jumlah 30 graduan PhD, salah seorang graduan telah dianugerahkan anugerah kecemerlangan ijazah kedoktoran iaitu Muhammad Quisar Bin Lokman, manakala Nur Hidayah Binti Shahemi telah mendapat anugerah kecemerlangan ijazah sarjana “Master of Philosophy” yang mewakili 20 graduan “Master of Philosophy” lain.

Berikut merupakan pemenang anugerah kecemerlangan ijazah sarjana,

  1. Mohammed Murad Kamal Han Al Balushi
  2. Muhammad Bin Mohd Tawil
  3. Ummu Alyaa Binti Hashim
  4. Mastura Binti Mohd Dan

Empat orang graduan ini mewakili 72 graduan Ijazah Sarjana yang lain.

Selain itu sejumlah 188 graduan prasiswazah, lima graduan telah dianugerahkan anugerah kecemerlangan prasiswazah, 15 orang telah mendapat anugerah kecemerlangan akademik prasiswazah MJIIT, 16 lagi menerima anugerah kecemerlangan kokurikulum prasiswazah, sembilan graduan telah dianugerahkan anugerah projek tahun akhir terbaik dan dua mendapat anugerah kecemerlangan industri prasiswazah MJIIT.

Berikut adalah senarai nama pemenang:

Anugerah Kecemerlangan Prasiswazah MJIIT

  1. Mabel Phang Yik Wei
  2. Tan Eng Joo
  3. Vivi Bong Ee Thing
  4. Karthikan A/L Selvarajan
  5. Aimisyahmi Harith Bin Zulkifli

Anugerah Kecemerlangan Akademik Prasiswazah MJIIT

  1. Tay Yie Hang
  2. Tan Chen Tung
  3. Tan Jiin Kuen
  4. Mirza Nur Haziqah Binti Nazri
  5. Loo Kun Zin
  6. Goh Jia En
  7. Mabel Phang Yik Wei
  8. Lee Qiao Ru
  9. Hoong Kai Jun
  10. Tan Ying Ching
  11. Chan Xing Ge
  12. Lee Choon Keat
  13. Low Fan Zhao
  14. Theam Swee Siang
  15. Chan Xin Hui

Anugerah Kecemerlangan Kokurikulum Prasiswazah MJIIT

  1. Mabel Phang Yik Wei
  2. Tan Eng Joo
  3. Vivi Bong Ee Thing
  4. Karthikan A/L Selvarajan
  5. Aimisyahmi Harith Bin Zulkifli
  6. Lee Qiao Ru
  7. Goh Jia En
  8. Loo Kun Zin
  9. Jee Jap Haw
  10. Hoong Kai Jun
  11. Tan Chai Beng
  12. Ch’ng Hui Jia
  13. Ong Su Yee
  14. Nurin Syahirah Binti Anwar
  15. Lee Jun Yang
  16. Julien Mok Wei Li

Anugerah Projek Tahun Akhir Terbaik

  1. Mikhael Mukhlasein Bin Ahmad
  2. Mirza Nur Haziqah Binti Nazri
  3. Tay Yie Hang
  4. Sharvin A/L Mahendran
  5. Jee Jap Haw
  6. Nur Adlina Binti Kamarudin
  7. Tee Chee Wei
  8. Sharifah Najatul Azwa Binti Syed Rofizal
  9. Nur Aida Hamizah Binti Kamarudin

Anugerah Kecemerlangan Industri Prasiswazah MJIIT

  1. Aina Farhanah Adanan – Acts Smart Solution
  2. Muhammad Kashfi Bin Shabdin – Akademia Baru Publishing

Majlis Graduasi MJIIT 2020 disudahi dengan beberapa video daripada alumni MJIIT yang berjaya menyambung alam pekerjaan mereka di Jepun dan juga kata-kata terima kasih daripada pengacara majlis kepada graduan dan ibu-bapa yang hadir ke hari graduasi MJIIT 2020 versi maya.

Antara graduan MJIIT yang berkongsi di laman sosial beliau.
Salah seorang alumni MJIIT yang berkongsi pengalaman beliau yang kini bertugas di Jepun sebagai jurutera