Disember 27, 2024

Proses Pengundian Dalam Talian Melalui ‘e-LECTION’

Universiti Teknologi Malaysia (UTM) bakal mencipta sejarah tersendiri mengadakan pilihan raya kampus (PRK) secara dalam talian pada Mac 2021 bagi memilih Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) sesi 2020/2021.

Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar), Profesor Dr. Shamsul Sahibuddin berkata, proses PRK akan berlangsung sepenuhnya secara dalam talian termasuk penamaan calon, kempen, pengundian dan pengumuman keputusan pilihan raya.

“Ia juga merupakan langkah terkini universiti dalam mengadaptasi norma baharu di kampus selain memanfaatkan perkembangan teknologi semasa untuk kemudahan warga kampus,” ujarnya lagi.

Menurut Pengarah UTM Digital, Nik Kamal Izuddin Nik Ibrahim, ‘e-LECTION’ dibangunkan oleh UTM Digital melalui pasukan yang melibatkan hampir 20 staf.

Sistem berasaskan ‘web based’ ini mengambil masa selama hanya dua bulan sahaja untuk disiapkan dengan memenuhi setiap keperluan PRK yang digariskan oleh Campus Election Committee (CEC).

Sebelum siap sepenuhnya beberapa siri bengkel dilaksanakan secara bersama dengan CEC selaku pengelola PRK selain Jabatan TNC HEP dan Pejabat Penasihat Undang-undang.

Dua sesi ujilari juga diadakan disamping sesi latihan untuk pengguna pada 25 Februari 2021 lalu.

Pasukan Pembangun e-LECTION (UTM Digital)

Berikut merupakan nama ahli pasukan pembangun e-LECTION yang terdiri dari staf Jabatan UTMDigital. Tahniah diucapkan!

Mokhles Sawal
Nurul Husna Md Zaini
Azniza Ali
Raziman Zakaria
Helmy Nur Farid
Siti Noraini Mohd Taib
Noraini Hazez@Aziz

Explore More