April 25, 2024

Search
Close this search box.

Pelajar Kokurikulum Astronomi UTM Kongsi Ilmu Astronomi Secara Dalam Talian

Johor Bahru, 13 Jan. – Sekumpulan pensyarah dan pelajar kokurikulum Astronomi (UKQA2182/UKQF2172) daripada pelbagai Fakulti dan Sekolah di UTM telah berjaya melaksanakan program bersama komuniti, iaitu Astronomy Education Outreach and Innovation Online Contest 2.0 (AEOIOC 2.0) dari 13 Disember hingga 02 Januari 2021 yang lalu.

Program ini merupakan program Pembelajaran Servis yang telah dilaksanakan secara atas talian.

Program ini telah dibahagikan kepada 3 sub-program utama iaitu Interstellar, Space Genius dan Meneroka Fasa-Fasa Bulan. Ketiga-tiga program ini telah disasarkan kepada para pelajar sekolah menengah, Pra Universiti dan Institusi Pengajian Tinggi serta orang awam.

Program yang diadakan dalam pelbagai applikasi atas talian seperti Google Meet dan Webex. Seramai 150 orang peserta dari pelbagai latar belakang pendidikan telah menyertai program ini. Penganjuran program ini telah diketuai oleh Gs Sr Dr. Othman bin Zainon iaitu pensyarah kokurikulum Astronomi (UKQA2182/UKQF2172) UTM.

Program ini telah dibahagikan kepada beberapa aktiviti seperti perkongisan ilmu astronomi, sesi soal jawab, slot demostrasi dan latih amal bersama para peserta serta pertandingan seperti kuiz atas talian, melukis poster dan video pendek bertemakan astronomi.

Peserta juga diberi pendedahan secara hands-on bagi fasa-fasa bulan menerusi aktiviti latih amal yang dibuat bersama para peserta.

Majlis Penutup bagi setiap program telah disempurnakan oleh Gs Sr Dr Othman Bin Zainon, Pensyarah Kokurikulum Astronomi Universiti Teknologi Malaysia.

Secara keseluruhan, program ini telah mencapai objektifnya iaitu untuk berkongsi ilmu astronomi kepada masyarakat Malaysia. Pengajuran program ini dapat memberi impak yang tinggi kepada masyarakat di dalam meningkatkan pembelajaran STREAM di negara ini.

Untuk maklumat lanjut sila hubungi:

Gs Sr Dr. Othman bin Zainon (othmanz.kl@utm.my)

Fakulti Alam Bina dan Ukur

Universiti Teknologi Malaysia

Explore More