Februari 20, 2024

Search
Close this search box.

Jekan Asokumaran Pengerusi Baharu CEC Kendali Pilihan Raya Kampus UTM Dalam Talian

PRK 2020/2021 Bakal Dilaksanakan Secara Dalam Talian

Pelajar Tahun 4 Sarjana Muda Kejuruteraan Nuklear dilantik sebagai Pengerusi Campus Election Committee (CEC) yang bakal menerajui pelaksanaan Pilihan Raya Kampus (PRK) UTM Sesi 2020/2021. Anak sulung dari 3 beradik kelahiran Pulau Pinang ini juga merupakan Bendahari kepada jawatankuasa ini bagi Sesi 2019/2020 lalu selain menjadi Pengarah Karnival Kerjaya UTM 2020.

Pelantikan Jekan adalah sebagai menggantikan Mohd Fitri Mazlan, Pengerusi pertama CEC yang mengosongkan jawatan itu setelah menamatkan pengajiannya pada semester lalu.

Pengarah Pembangunan & Aktiviti Pelajar, Prof. Madya Dr. Azlan Abdul Latib berkata, barisan CEC yang baharu telah memulakan persediaan dan perancangan mereka sejak Oktober 2020 melalui sesi mesyuarat dan perkongsian bersama pasukan CEC dari universiti awam lain seperti UKM, UM, UTEM, UTHM dan UTP.

Mengikut perancangan asal, PRK dijadualkan dilaksanakan secara fizikal mengambilkira situasi pandemik COVID-19 dan pasukan CEC telah bersedia dengan keperluan dan SOP yang disarankan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).

Walau bagaimanapun setelah kenyataan media dikeluarkan oleh Kementerian Pengajian Tinggi berkaitan penangguhan kehadiran pelajar baharu dan kanan ke kampus semua institusi pengajian tinggi, pasukan CEC terpaksa mengubah perancangan mereka.

Menurut Jekan pula, sejajar usaha mengadaptasi norma baharu, buat julung kalinya UTM bakal melaksanakan Pilihan Raya Kampus melalui platform dalam talian (online) secara sepenuhnya pada tahun ini.

“Kami berharap ia diterima baik oleh warga UTM dan mampu meningkatkan peratusan pelajar yang turun mengundi sehingga mencecah lebih 75%. 

Di samping itu, kami juga berharap berlakunya pertambahan bilangan calon yang bertanding serta persaingan yang sihat antara calon bagi semua kerusi yang dipertandingkan,” tambah beliau.

Sistem undian dalam talian ini dijenamakan sebagai ‘UTM e-LECTION’ oleh barisan CEC dan  boleh dicapai melalui portal MyUTM. UTM e-LECTION ini dibangunkan oleh UTM Digital dengan kerjasama CEC dan Jabatan TNC (HEP).

Barisan CEC 2020/2021

Pengerusi

Jekan A/L Asokumaran

Naib Pengerusi

Nurnatasha Eizreena Atiqah binti Abdullah

Timbalan Naib Pengerusi (Aktiviti)

Zuhayr Arif bin Zakaria (JB)

Nurul Adilla binti Judistira (KL)

Timbalan Naib Pengerusi (Pengurusan)

Leong Wan Yee (JB)

Khadijah binti Mohammad Daud (KL)

Timbalan Naib Pengerusi (Teknikal)

Mohamad Aizuddin Hafizi bin Hisham (JB)

Muhammad Nazmi bin Noor Akmal (KL)

Setiausaha Agung

Leena Ong Xin Ee

Timbalan Setiausaha

Nur Fatin Fareeza binti Ismail (JB)

Ain Zulaikha binti Mohd Zaki (KL)

Bendahari Kehormat

Muhammad Hafiz bin Khairol Nassuha (JB)

Nur Syuhaidah binti Othman (KL)

Bahagian Perlembagaan

Mohamad Ridhwan bin Othman (JB)

Muhammad Adleen Naufal bin Asri (KL)

Lau Zhi Hong

Bahagian Dokumentasi dan Penerbitan

Nur Shahirah binti Mohamed Nasir (JB)

Wan Emily Shazelyn binti Wan Mohd Zabidi (KL)

Alifah Ilyana binti Soharto

Kelvin Hafidz Haryanshah

Siti Nur Sahira binti Ismail

Bahagian Logistik

Muhammad Hazwan Hakim bin Haznan (JB)

Hairul Haikal bin Hanyan (KL)

Mohd Hazmi bin Mohd Hisham

Bahagian Operasi

Nur Zuhairah Afiqah binti Husni (JB)

Nur Izzah Syamimi binti Mohd Nizam (KL)

Chin Shi Qi

Joyce Lim Xin Yee

Bahagian Perhubungan Awam

Fadhila binti Jamaluddin (JB)

Muhammad Akmal Amirul bin Mohd Kamal (KL)

Mohamed Abdillahi Arab

Lydia Hii Dai Jia

Bahagian Multimedia dan Publisiti

Nur Amirah binti Mohd Noor (JB)

Pravin A/L Sivakumar (KL)

Subhass A/L Sandran

Ng Jing Ting

Bahagian Keselamatan

Amirul Faiz bin Ahmad Puad (JB)

Muhammad Aiman bin Nor Sham (KL)

Bahagian Tugas-tugas Khas

Nur Atiqah binti Morshidi (JB)

Nurul Balqis binti Muhamad Ghazi (KL)

Nurul Ezzati binti Harudin

Bahagian Teknikal

Muhammad Hazim bin Roslan (JB)

Athi Shankhara A/ L Velusamy (KL)

Nur Alya Zulaikha binti Saifudin

Amirul Syafiq bin Mohd Qisti

Explore More