Banjir: UTM Baik Pulih Sistem Solar PV Pastikan Penduduk Nikmati Elektrik Percuma

KLUANG, 12 Feb. — Pelajar Ijazah Sarjana, Alumni & pensyarah Universiti Teknologi Malaysia (UTM) bersinergi membantu membaik pulih sistem solar yang rosak akibat banjir kilat pada Januari 2021 di Kampung Orang Asli Pucur Kluang.

Banjir besar yang berlaku di Kahang, Kluang sebelum ini telah menyebabkan sistem solar yang telah dipasang, tenggelam sepenuhnya dan mengalami kerosakan.

Sistem solar tersebut dipasang pada tahun 2017, hasil inisiatif UTM dan Bank Islam di bawah tajaan CSR Bank Islam.

Sistem solar PV ini membolehkan penduduk menikmati penggunaan elektrik menerusi tenaga boleh baharu secara percuma.

Prihatin terhadap keperluan dan kebergantungan penduduk untuk  menikmati semula kemudahan ini, pasukan UTM yang diketuai oleh Ts. Dr. Jasrul Jamani Bin Jamian telah meninjau kawasan tersebut dengan menaiki tiga kenderaan pacuan 4 roda (4×4) untuk membuat semakan serta baikpulih pada sistem selepas mendapat pemakluman dari JAKOA Negeri Johor.

“Hasil semakan mendapati terdapat beberapa panel solar PV yang pecah, wayar solar yang terputus akibat banjir serta keadaan bateri yang berkarat kerana ditelenggami air.

Kami juga mendapat pemakluman dari Tok Batin Kampung Orang Asli Pucur, Semanggar Ahmad di mana banjir kilat yang berlaku menenggelamkan keseluruhan solar PV modul dan beteri serta banyak sampah dari banjir yang sangkut pada sistem ini,”kata Dr Jasrul.

Menurut beliau, penduduk hanya sempat memindahkan penukar AT/AU, manakala komponen lain terpaksa ditinggalkan kerana banjir yang berlaku terlalu pantas.

“Walaupun begitu, tiada kebocoran elektrik yang berlaku kerana sistem ini telah dipasang dengan pelbagai sistem perlindungan.

Pasukan sukarelawan UTM mengambil masa dalam tiga jam bagi membaikpulih pendawaian solar PV, beteri, penukar AT/AU serta aktiviti pembersihan.

Penduduk kini dapat menikmati semula tenaga elektrik secara percuma dari solar PV untuk kegunaan mereka, “kata beliau.

Solar PV modul yang kotor akibat ditelenggami banjir pada Januari 2021.
Sukarelawan UTM yang terdiri dari pelajar, pensyarah dan Alumni UTM bergambar dengan Tok Batin Kampung Orang Asli Pucur

Keadaan Solar PV yang telah dibersihkan dan dibaikpulih pendawaiannya
Semakan pendawaian serta bacaan voltan terbuka bagi setiap Solar PV modul
Sistem bateri dan penukar AT/AU yang telah diselenggaran dan berfungsi dengan baik – penduduk telah dapat menggunakan semula elektrik secara percuma

Leave a Comment

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *