April 25, 2024

Search
Close this search box.

Oleh: Ts. Dr. Dayana Farzeeha Ali

Menjadi sebahagian daripada Universiti adalah satu pengalaman yang tidak ternilai. Meninggalkan universiti setelah menamatkan pengajian terus melayakkan graduan bergelar alumni. Sehingga kini, Universiti Teknologi Malaysia (UTM) mempunyai lebih kurang 166,276 alumni lokal dan 7503 alumni antarabangsa.

Alumni ini bertebaran di seluruh pelosok negara menyumbang bakti kepada masyarakat mengikut kepakaran dan kemahiran masing-masing. Tidak ketinggalan, alumni antarabangsa UTM juga turut kembali meyumbang bakti di negara asal berbekalkan ilmu dan kemahiran yang diperolehi sepanjang pengajian di UTM.

Tahun 2021 menyaksikan salah satu pelan strategik yang diberikan fokus oleh Unit UTMAlumni adalah membina jaringan antarabangsa bersama alumni antarabangsa UTM. Ia merupakan usaha menyediakan pelbagai inisiatif dengan menjalin kerjasama dan menyantuni alumni antarabangsa.

Unit UTMAlumni akan mengadakan program-program yang berobjektifkan jalinan hubungan untuk menyemai semangat kekitaan dan kebersamaan alumni. Program jalinan hubungan yang dilaksanakan ini diharapkan dapat mengukuhkan hubungan alumni dan universiti demi kelestarian kecemerlangan UTM.

Ini termasuklah pada 16 Disember 2020 lalu, satu program Pre-Engagement bersama alumni antarabangsa Nigeria telah berjaya dijalankan secara dalam talian. Program ini telah berjaya menghimpunkan lebih kurang 117 orang alumni antarabangsa Nigeria dengan kerjasama Unit UTM Antarabangsa dalam menjayakan program ini.

Program ini merupakan program rintis dalam mewujudkan chapter-chapter antarabangsa pada masa akan datang.

Sebahagian daripada alumni antarabangsa Nigeria yang menyertai program Pre-Engagement.

Program engagement ini akan diteruskan lagi dengan program engagement bersama alumni Indonesia yang dijadualkan akan diadakan pada 17 Februari 2021 jam 3.00 petang waktu Malaysia. Diharapkan program ini akan mendapat sambutan yang tinggi daripada alumni Indonesia dalam usaha mengumpulkan semula semua alumni untuk kembali berbakti kepada universiti.

Bagi tahun 2021, sebanyak lebih kurang tiga program engagement telah dirancang yang akan memfokuskan kepada alumni antarabangsa di Indonesia, China, dan Arab Saudi.

Poster program engagement bersama alumni antarabangsa.

Untuk alumni Indonesia yang berminat untuk menyertai program engagement yang akan dijalankan, boleh daftarkan diri melalui pautan yang disediakan iaitu https://forms.gle/UTf6H35y5DrNDhN96

Explore More