Program Ahmiyat Kitabah Jawi Insiatif Mahasiswa UTM Perkasa Tulisan Jawi

JOHOR BAHRU, 14 Jan. — Program Ahmiyat Kitabah Jawi anjuran Biro Kerohanian Jawatankuasa Kolej Mahasiswa (JKM) Kolej 9&10 Universiti Teknologi Malaysia telah berjaya dilaksanakan dengan jayanya dengan penyertaan lebih 300 orang peserta yang telah bersama-sama memperkasakan dan menyemarakkan tulisan jawi dalam masa satu minggu.

Program ini berlangsung selama tiga hari melibatkan tiga acara pertandingan, iaitu pertandingan karya tulisan khat, ‘spelling bee’ jawi dan kuiz pemahaman jawi yang diadakan sepenuhnya dalam talian.

Program juga melibatkan peserta luar UTM di samping mahasiswa dan mahasiswi UTM.

Majlis penutup program telah disempurnakan oleh Pengetua Kolej 9&10 yang juga diadakan secara dalam talian di aplikasi Webex dan Facebook live.

Pengarah program, Mohamad Fahmi bin Abu Bakar, 21, merangkap ketua biro kerohanian JKM Kolej 9&10 berkata, tujuan utama program tersebut diadakan adalah kerana untuk memartabatkan tulisan jawi dalam kalangan masyarakat.

“Sepanjang program ini dijalankan, bakat peserta dalam menulis jawi dapat dicungkil melalui pertandingan tulisan khat, peserta juga didedahkan dengan konsep-konsep yang ada tentang tulisan jawi di dalam pertandingan kuiz pemahaman jawi dan akhir sekali kemahiran peserta dalam mengeja tulisan jawi turut dicabar di dalam pertandingan ‘Spelling Bee’ jawi.” katanya. 

Menurut beliau, pertandingan tersebut menawarkan hadiah wang tunai, sijil dan mata merit kepada para peserta.

Sementara itu, Timbalan Pengarah program, Shahren Natasha Binti Sukri, 21, berkata usaha bagi memartabatkan kedudukan dan penggunaan tulisan Jawi dalam kalangan masyarakat seharusnya bermula dalam dunia pendidikan.

“Saya dan tuan pengarah program berharap bahawa program ini telah dapat memberikan kesedaran kepada mahasiswa seterusnya dapat membuka mata masyarakat akan kepentingan tulisan jawi ini, mudah-mudahan usaha kecil kami ini mendapat keberkatan dan redha Ilahi Insya-Allah.” katanya.

Pengetua Kolej 9&10, Prof. Madya. TS. Dr. Abdul Rahman bin Tamuri berkata, program ini merupakan salah satu alternatif bagi mendidik semula rakyat kita agar tidak lupa akan tulisan jawi yang makin hari makin ditenggelami oleh arus zaman.

Usaha ini juga dapat memastikan agar tulisan jawi dapat dimartabatkan dan tidak dilupakan oleh masyarakat millenia pada zaman sekarang.” kata beliau sewaktu majlis penutupan program Ahmiyat Kitabah Jawi.

Tangkapan Skrin secara langsung secara langsung menerusi platform ‘Webex’ yang dihubungkan kepada ‘Facebook Live’ menunjukkan pemenang pertama Muhammad Asri Bin Mokhtar bagi pertandingan Karya Tulisan Khat disuli oleh tempat kedua Nor Asmah Binti Rozali dan tempat ketiga Muhammad Iqbal Bin Sulaiman.
Tangkapan Skrin secara langsung secara langsung menerusi platform ‘Webex’ yang dihubungkan kepada ‘Facebook Live’ menunjukkan pemenang pertama Nur Aisyah Binti Mohamad Nazam bagi pertandingan Spelling Bee Jawi yang disusuli oleh Nur Adibah Binti Rozaini dan tempat ketiga Nur Aizat Nadirah Binti Azmi.
Tangkapan Skrin secara langsung secara langsung menerusi platform ‘Webex’ yang dihubungkan kepada ‘Facebook Live’ menunjukkan pemenang pertama Faiqah Batrisyia binti Usof bagi pertandingan Kuiz Pemahaman Jawi yang disusuli oleh pemenang kedua Nur Adibah Binti Rozaini dan tempat ketiga Nora Binti Ajis.

Leave a Comment

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *