Mei 18, 2024

Search
Close this search box.

Perpustakaan UTM Kuala Lumpur sekali lagi bertuah apabila dapat bekerjasama dengan En. Thaqib Bin Shaker selaku penulis buku dan Pegawai Perhubungan Awam, Pusat Kebudayaan dan Sains Rusia (RCSC) dalam sesi sumbangan buku yang bertajuk “Berkenalan Dengan Rusia”.

Program ini dijalankan di Wisdom Lounge Perpustakaan UTMKL dan turut disiarkan secara LIVE menggunakan platform Facebook Live UTM Library Kuala Lumpur.

Sesi ini turut diserikan dengan kehadiran TYT Naiyl M. Latypov selaku Duta Besar Rusia ke Malaysia, dengan diiringi oleh Prof. Dr. Shamsul bin Sahibuddin (Pro Naib Canselor, UTM Kuala Lumpur). Turut hadir ialah wakil dari Yayasan Allammiyyah iaitu En Muhamad Najmi Mohd Aris (Pengasas dan Pemegang Amanah), Professor Awang Azman Awang Pawi (Ahli Lembaga Penasihat) dan Puan Afhana Alias.

Agenda utama sesi kali ini adalah untuk menyampaikan 50 naskah buku ‘Berkenalan Dengan Rusia’ untuk kegunaan perpustakaan dan sekaligus dimanfaatkan kepada pengguna perpustakaan.

Buku setebal 30 halaman dalam bahasa Melayu ditulis oleh En. Thaqib Shaker itu menceritakan perkembangan Islam di Rusia yang kurang diketahui ramai. Penulis juga telah membuat ulasan ringkas selama 20 minit kepada penonton dan pendengar untuk sesi kali ini.

Semoga perkongsian ini dapat memberi informasi yang berguna kepada semua dan sekaligus menjalinkan kerjasama yang baik antara Perpustakaan UTM Kuala Lumpur khasnya dengan Pusat Kebudayaan dan Sains Rusia (RCSC).

Penulis Buku En dengan En. Thaqib Bin Shaker
Penulis Buku En Thaqib Bin Shaker
penyerahan buku 'Berkenalan Dengan Rusia' daripada TYT Naiyl M. Latypov Duta Besar Rusia ke Malaysia
Penyerahan buku ‘Berkenalan Dengan Rusia’ daripada TYT Naiyl M. Latypov Duta Besar Rusia ke Malaysia

Explore More