April 27, 2024

Search
Close this search box.

Gabungan Pelbagai Kepakaran Jadikan SITC iHumEn UTM Pusat Penyelidikan Rujukan Industri Sukan Negara

SITC IHUMEN UTM MAMPU BURU EMAS OLIMPIK PERTAMA MALAYSIA SERTA LAYAK KE WORLD CUP MELALUI APLIKASI TEKNOLOGI SUKAN 4.0

Latar Belakang dan Pengenalan SITC UTM

Pusat Inovasi dan Teknologi Sukan Universiti Teknologi Malaysia (SITC UTM) merupakan sebuah pusat kajian pertama yang melakukan penyelidikan dan perkhidmatan berkaitan sains, inovasi dan teknologi sukan di Malaysia. Kini SITC UTM telah menjadi salah satu pusat penyelidikan rujukan oleh pemain utama industri sukan di Malaysia seperti ISN, MSN, PESURUHJAYA SUKAN, KBS, KPT, Persatuan Persatuan Sukan Kebangsaan dan lain lain lagi.

SITC UTM mula mengorak langkah dengan melakukan pelbagai usaha, inisiatif dan kerjasama dalam memastikan bidang sukan di Malaysia terus mencapai kejayaan dan kegemilangan di peringkat nasional dan antarabangsa. Ironi nya, sukan juga adalah merupakan salah satu platform penyumbang utama dalam meningkatkan Ekonomi Negara. Malah melalui sukan ia dapat menyatukan perpaduan antara negara dan mengelakkan sesebuah peperangan berlaku.

Pada peringkat awal penubuhan SITC UTM, ia bertempat di Stadium Utama UTM iaitu di ruang bilik gimnasium Stadium Utama UTM. Masih terngiang di telinga, kata kata Prof. Dr. Abdul Hafidz Omar yang mengatakan, “biarlah ruang lab ini kecil sahaja, akan tetapi ia di kenali seluruh dunia atas sumbangan yang di lakukan terhadap sukan 1 hari nanti.” Ruang yang serba kecil tidak menjadi penghalang untuk SITC UTM terus berdaya saing dan meningkat naik untuk menjadi salah satu pusat rujukan penyelidikan sukan utama di Malaysia.

SITC UTM ditubuhkan pada tahun 2011 dan diasaskan oleh Prof. Dr. Abdul Hafidz Omar dengan matlamat utama memberikan khidmat penyelidikan yang pelbagai dalam melahirkan rekacipta sukan, inovasi sukan, teknologi sukan, kenalpasti bakat sukan, meningkatkan tahap prestasi sukan serta kajian-kajian saintifik sukan yang lain.

Sehingga kini, negara kita masih lagi ketandusan pingat EMAS OLIMPIK PERTAMA negara dan Pasukan Malaysia belum layak ke WORLD CUP. Justeru, penubuhan SITC UTM juga adalah merupakan salah satu langkah strategik Universiti Teknologi Malaysia dalam pacu kejayaan atlet dan sukan negara.

Sesuai dengan naratif penubuhannya, SITC UTM yang diketuai oleh Prof Madya Dr. Muhammad Noor Harun sebagai Pengarah dan dibantu oleh Timbalan Pengarah, Ts. Dr. Hadafi Fitri Mohd Latip bersama sama 14 orang kakitangan felo SITC yang terdiri dari 12 orang kakitangan akademik/penyelidik, seorang pegawai penyelidik dan juga seorang Penolong Jurutera.  PM Dr Muhammad Noor Harun adalah merupakan pensyarah kanan sekolah kejuruteraan mekanikal manakala Ts. Dr. Hadafi Fitri Mohd Latip pula merupakan pensyarah kanan sekolah kejuruteraan bioperubatan dan sains kesihatan.

Gandingan ini telah berjaya membawa masuk pasukan JDT U-19, pasukan ragbi U-19 kebangsaan, pasukan skuad pelapis bolasepak kebangsaan, pasukan bowling deaf kebangsaan, juara middleweight mma kebangsaaan, lagenda sukan negara ke SITC UTM untuk menjalankan pelbagai aktiviti dan program berkaitan saintifik sukan dan teknologi sukan.

Kepelbagaian bidang di bawah satu bumbung pasti melahirkan kepimpinan sukan yang dinamik. Setiap bidang kepakaran pasti mempunyai definisi dan corak tersendiri dalam menongkah arus kemodenan iaitu industri revolusi 4.0. Ia bukan satu jalan yang mudah dan ia juga bukan satu jalan yang mustahil.

Di bawah SITC UTM, setiap bidang bersatu dalam menjalankan kajian berkaitan sukan dengan mempunyai matlamat dan objektif yang jelas iaitu melahirkan jaguh sukan negara dan membantu meningkatkan prestasi sukan negara melalui aplikasi inovasi dan teknologi sukan.

SITC UTM telah berjaya menghubungkan dan menyatukan kepelbagaian bidang kepakaran yang berlainan iaitu seperti Sains Komputer, Kejuruteraan Bioperubatan, Kejuruteraan Elektrik dan Elektronik, Fisiologi, Sains Sukan dan juga Kejuruteraan Mekanikal di bangunan V01, fakulti kejuruteraan.

Keunikan ini pasti memberi pardigma baru dan sentuhan yang lebih berbisa dalam menjadikan Malaysia salah satu kuasa besar dalam bidang sukan satu hari nanti di peringkat antarabangsa.

GAMBAR 1 : AKTIVITI DAN PROGRAM SITC UTM – JDT U19

GAMBAR 2 : AKTIVITI DAN PROGRAM SITC UTM – JUARA MIDDLEWEIGHT MMA

GAMBAR 3:  AKTIVITI DAN PROGRAM SITC UTM – ATLET LEGENDA NEGARA ( DATUK M RAMACHANDRAN, COACH NORDIN JADI

GAMBAR 4: AKTIVITI DAN PROGRAM SITC UTM – SEKOLAH SUKAN MALAYSIA (SSTMI)

GAMBAR 5: PELAJAR LATIHAN INDUSTRI SITC UTM MENANG ANUGERAH TOKOH SISWA KEBANGSAAN 2017
GAMBAR 6 : AKTIVITI DAN PROGRAM SITC UTM – MALAYSIA U-19 RAGBI NRDP
GAMBAR 7 : AKTIVITI DAN PROGRAM SITC UTM –  INDUSTRIAL NETWORKING

Keupayaan SITC

Sebagai sebuah pusat penyelidikan sukan yang menjalankan kajian berteraskan sains, inovasi dan teknologi sukan untuk membantu meningkatkan pencapaian atlet negara dan pasukan sukan, SITC UTM telah berusaha menyediakan kemudahan dan prasarana lengkap dengan pelbagai peralatan penyelidikan dan perkhidmatan yang mempunyai kebolehan dan keupayaan tertentu seperti Alatan Pengujian Sains Sukan (Sport Science Testing Equipment), Alat Teknologi Sukan (Sports Technology Device) dan Makmal Makmal khas sukan seperti Makmal Hidroterapi, Makmal Vicon, Makmal Wearable Sports Device dan lain lain lagi.

Makmal Makmal sukan ini juga telah mencipta sejarah tersendiri apabila telah di ziarahi oleh bekas atlet lagenda negara seperti Datuk M. Ramachandran, pelari pecut kebangsaan Badrul Manap, lagenda pecut negara coach nordin jadi dan Pengerusi Jawatankuasa Exco Belia, Sukan dan Kebudayaan Johor iaitu YB Mohd Khuzzan Bin Abu Bakar. Kesemua tokoh sukan ini mezahirkan kepentingan universiti dalam membantu bidang sukan melonjak lebih  tinggi di peringkat antarabangsa.

Penyelidikan

SITC UTM telah diberikan tanggungjawab untuk membangunkan New Talent dan New Technology. Ia hasil perbincangan dan perancangan strategik tahunan SITC dalam merangka dan merancang program tahunan SITC. Area bidang utama yang akan dipelopori SITC adalah Sports 4.0. Ia adalah cetusan idea industri revolusi 4.0 di mana ingin membawa halatuju sukan agar seiring dengan kemodenan semasa.

Para penyelidik di SITC UTM datang dari latarbelakang yang pelbagai. Justeru itu, kepelbagaian bidang ini menjadi asas dan teras dalam menjalankan kajian berasaskan Produk peralatan sukan, Biomekanik sukan, Analisis prestasi sukan, Pencegahan kecederaan dan rehabilitasi sukan, Kaedah latihan sukan, Analisis Data Sukan dan juga aplikasi teknologi sukan.

Penyelidikan dalam aspek Analisis Prestasi Atlet dan Sukan mencakupi seperti aspek-aspek Identifikasi Bakat, Kaedah Latihan Atlet dan Penggunanaan Biomekanik Sukan, Psikologi dan Sains Sukan. Manakala  Penyelidikan berasaskan Pembangunan Peralatan pula mencakupi rekabentuk dan pemilihan peralatan dan juga pengujian dan analisis menggunakan teknologi sukan.

Turut dilakukan adalah seperti Analisis Data merangkumi ‘Dashboard’, Data Mining dan juga Sistem Informasi. Selain itu, SITC juga menjalankan penyelidikan seperti virtual reality, augmented reality, gamification dan juga lain-lain.

Projek Penyelidikan Berimpak Tinggi

Sehingga artikel ini ditulis, terdapat enam projek penyelidikan berimpak tinggi sedang dijalankan oleh SITC iaitu ramalan tahap keletihan untuk mengelakkan kematian secara mendadak akibat aktiviti aerobik, projek penyelidikan ini juga berkaitan dengan serangan jantung sewaktu melaksanakan latihan aerobik atau sukan.

GAMBAR 8 : Makmal Sports Testing Lab

GAMBAR 9 : Kajian penyelidikan terhadap sudden death yang berlaku dalam sukan

Pembangunan rowing simulator tank iaitu ‘Dynamic Rowing’ untuk pendayung kebangsaan malaysia, sebuah projek yang dibangunkan khas untuk membantu mengenalpasti teknik yang berkesan kepada  pendayung yang mewakili Malaysia untuk meningkatkan prestasi dalam sukan mendayung di Malaysia. Kajian terbaru yang dijalankan adalah berkenaan Virtual Reality gamification dalam sukan rowing.

Pemilihan sukan badminton juga diberikan keutamaan apabila SITC membangunkan ‘Racket Badminton Project’ iaitu sebuah projek penyelidikan yang dapat membantu meningkatkan prestasi pemain badminton negara dan mengenalpasti keberkesanan pengunaan raket yang spesifik. Sukan badminton adalah sukan penyumbang utama medal olimpik negara. Malahan penyelidik SITC telah bertemu Datuk Hj Misbun Sidek iaitu lagenda badminton negara semasa menjalankan kajian ini bagi mendapat pandangan dan pendapat beliau.

SITC tidak ketinggalan juga menjalankan penyelidikan berkaitan otot melalui penyelidikan bertajuk ‘Pengkelasan Jenis Otot Berdasarkan Analisis Elektromyografi Non-Invasif untuk Penilaian Atlet’ bagi mengurangkan kecederaan pada otot sewaktu melakukan aktiviti sukan. Kajian ini dapat membantu meningkat tahap prestasi atlet dimana pengkelasan jenis muscle fibre atlet dapat di ketahui awal.

Selain itu, SITC juga telah menjalankan penyelidikan berkaitan pencegahan kecederaan sukan dan rehabilitasi sukan. Antara kajian yang dilakukan adalah mengenalpasti teknik yang terbaik bagi senaman rehabilitasi sukan bagi kecederaan lutut dalam sukan, kesan aplikasi urutan sukan dalam mengurangkan stress, penggunaan dry needling bagi pesakit scoliosis dan pembangunan face recognition atlet dan lain lain.

Ketua unit fisioterapi JDT iaitu Antonio Mendez juga telah menjemput penyelidik dari SITC UTM menghadiri kelas fisioterapi yang dijalankan beliau dan mendedahkan jenis jenis kecederan sukan yang kerap di alami oleh pemain utama JDT.

Fasiliti Sukan di SITC

Sebagai pusat inovasi dan teknologi sukan UTM, SITC juga telah melabur pembelian kelengkapan peralatan pengujian atlet yang digunakan untuk menguji tahap kecergasan dan analisis prestasi seseorang atlet. Malahan ada di antara peralatan yang digunakan adalah hasil modifikasi dan pembangunan inovasi alat oleh penyelidik SITC sendiri.

Antara kelengkapan alat yang ada di SITC UTM adalah merupakan hasil kajian yang dilakukan seperti Alat Rowing Tank Simulator (Simulasi mendayung) yang dibangunkan oleh Pm Dr Muhammad Noor Harun dan Virtual Reality rowing gamification adalah merupakan hasil inovasi yang diketuai oleh Prof Dr. Shahrizal Sunar. Simulasi kayuhan Enam Dimensi (6DVR Indoor Cycling) dan Simulasi Persekitaran Latihan Sukan (Sport Environmental Training) seperti sukan badminton, sukan basikal, sukan golf dan lain lain.

Makmal Simulasi Kayuhan 6D diketuai oleh Dr Muhammad Najib. Kesemua penyelidik tersebut telah bekerjasama dengan persatuan sukan dan atlet negara dalam menjayakan kajian tersebut.

GAMBAR 10 :  Rowing tank simulator

GAMBAR 11 : Kajian penyelidikan SITC yang berimpak tinggi.

Seterusnya adalah Makmal Vicon, Makmal Hidroterapi, Makmal Sports Testing, SITC juga turut mempunyai Makmal Gimnasium Kecergasan (Fitness Gym), Bahagian tempat latihan terbuka StrongFit, Bahagian tempat Urutan Sukan (Sport Masssage) dan juga tempat latihan keseimbangan badan dan tempat latihan meningkatkan tahap fokus dan tumpuan atlet. Kesemua Makmal ini dibangunkan dari sebuah bilik yang kosong dan kini menjadi tempat tumpuan Atlet Kebangsaan dan Persatuan Sukan untuk mendapatkan khidmat nasihat SITC.

Malahan ada di antara peralatan yang digunakan di dalam makmal tersebut adalah merupakan daripada pembelian duit geran dan duit penyelidik bagi menjayakan dan menjayakan penyelidikan sukan di peringkat nasional dan antarabangsa.

Selain itu, keperluan peralatan seperti Electromyography (EMG) juga turut di sediakan.  EMG digunakan untuk menilai dan merakam aktiviti elektrik yang dihasilkan oleh otot rangka dan dilakukan dengan menggunakan instrumen yang disebut elektromyografi untuk melihat perubahan fisiologi dalaman badan bagi rujukan doktor sukan. Hasil keputusan dalaman fisiologi badan akan memberi keputusan yang lebih jitu dan tepat.

GAMBAR 12: Makmal Makmal penyelidikan SITC

GAMBAR 13 : Aktiviti dan Program yang dijalankan di SITC

Key Amal Indikator SITC

Sebagai sebuah pusat penyelidikan sukan berprestasi tinggi, SITC UTM juga telah berjaya membantu atlet dan pasukan sukan menerima dan memenangi pelbagai anugerah sukan berprestij seperti Sukan Institusi Pengajian Tinggi (SUKIPT), Sukan Malaysia (SUKMA), Malaysian Invasion Mixed Martial Arts (MIMMA) dan juga anugerah inovasi dan teknologi sukan melalui penyertaannya dalam Malaysian Technology Expo (MTE) dan INATEX UTM.

Pada kejohanan SUKIPT dan MASUM yang lalu, SITC telah berjaya membantu atlet dan pasukan sukan universiti memenangi Pingat Ragbi, Dragon Boat Medal dan Tug of War Medal. Kesemua atlet tersebut telah menjalani latihan kekuatan dan suaian fizikal di Makmal Fitness Gym. Malahan mereka juga turut menjalani rehabilitasi sukan dan proses pemulihan sukan di Makmal Hidrotherapi.

Temasya SUKMA 2019 yang lalu telah merekodkan dua pingat telah diperolehi dalam Sukan Ragbi. Atlet sukma tersebut turut menjalani latihan sukan bersama pakar penyelidik SITC.

Selain itu, penganjuran Sukan Seni Bela Diri Malaysia (MIMMA) ke-5 juga telah merekodkan bahawa atlet yang menjalani latihan dan bimbingan SITC berjaya memperolehi Pingat Kejuaraan (Championship Medal). Selain sukan MMA, atlet SUKMA JUDO juga turut mendapatkan khidmat nasihat pakar penyelidik SITC dalam latihan sukan.

SITC juga turut terlibat dalam pertandingan rekacipta dan inovasi yang dianjurkan di seluruh Malaysia. Sehingga kini SITC telah berjaya memenangi lebih daripada 20 Pingat Teknologi dan Inovasi Sukan yang telah berjaya dimenangi (Sports Innovation & Technology Device Medal).

Gambar 14 : Anugerah – anugerah sukan yang berjaya dimenangi oleh SITC UTM

Yuran Konsultasi SITC

Sebagai sebuah pusat penyelidikan sukan, SITC telah mengambil inisiatif sendiri dengan melakukan gerak kerja untuk menyediakan perkhidmatan kepada mana mana kelab dan persatuan sukan yang ingin mendapatkan bantuan daripada pihak pakar penyelidik SITC untuk menjalankan analisis prestasi sukan. SITC mengenakan yuran yang berpatutan bagi atlet-atlet untuk menjalani ujian seperti ujian kecergasan, ujian biomekanik, ujian fisiologi, ujian psikologi sukan dan juga ujian prestasi sukan

Bagi ujian kecergasan yang merangkumi seperti ujian Kekuatan, Keseimbangan, Ketangkasan, Kelenturan, Kelajuan, Kordinasi dan juga ujian BMI badan jumlah yuran yang dicaj adalah RM50.00 per kepala. Ujian ujian yang dijalankan mengikut standart piawai antarabangsa dan yuran dikenakan termasuk khidmat nasihat yang diberikan kepada atlet dan pasukan.

Seterusnya pasti ramai yang tertanya tanya apakah ujian ujian lain yang boleh dilakukan oleh pihak SITC UTM. Ujian biomekanik sukan juga adalah merupakan salah satu ujian yang penting di dalam sukan. Kadar bayaran masih tertakluk kepada RM 50.00 per kepala bagi ujian-ujian seperti antropometrik, julat pergerakan badan, analisis notasi dan analisis pergerakan, analisis postur dan gaya berjalan. Kesemua ujian ini memerlukan pakar yang berkelulusan untuk menjalankan ujian kepada peserta.

Selain itu, Ujian Fisiologi badan juga boleh dilakukan di SITC UTM dimana terdapat beberapa sub-ujian yang boleh dijalankan iaitu ujian tekanan darah, ujian asid laktik, ujian glukose, Urine test dan lain lain.Kadar caj yang berpatutan juga dikenakan kepada pengguna yang ingin mengambil ujian uijian tersebut.

Malahan pihak SITC UTM juga mampu melaksanakan ujian psikologi sukan terhadap atlet dan jurulatih seperti soal selidik tahap ketahanan mental dan ujian DASS. Untuk ujian prestasi sukan pula ujian-ujian seperti menjalankan aktiviti EMG, ECG, Video Analisis Pergerakan,  dan ujian lain.  Kesemua ini dikenakan kadar caj bayaran sebanyak RM50.00 perkepala.

Kerjasama dan Koloborasi sukan

Kerjasama dan koloborasi ini adalah merupakan 1 langkah meluaskan lagi kepakaran perkhidmatan SITC serta perkongsian ilmu pengetahuan bidang sukan kepada masyarakat dan komuniti sukan, SITC juga turut telah menjalin hubungan baik dengan pelbagai badan dan jabatan sukan di dalam dan juga luar negara. Ini adalah salah satu langkah strategik yang dijalankan bagi membantu dan menaikan imej professionalisme sukan di Malaysia.

Antara agensi yang telah menjalin hubungan dengan SITC UTM adalah seperti Jabatan Kesihatan Negeri Johor, Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM), Universiti Teknologi MARA (UiTM), Universiti Malaysia Pahang (UMP), Persatuan Badminton Malaysia (BAM) dan Badminton Asia Federation, Sukan Sekolah Malaysia (SSM) dan Sekolah Sukan Negeri (SSN) Johor, Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM), Institut Sukan Negara (ISN), Majlis Sukan Negeri Johor (MSNJ) dan juga Kelab Bolasepak Johor Darul Ta’zim atau dikenali sebagai JDT FC.

Selain badan sukan dan juga universiti tempatan, SITC juga tidak ketinggalan dalam menjalinkan hubungan baik dengan universiti luar negara seperti University of Southampton,University Labourough  dan  Nottingham Trent University dari United Kingdom (UK). Kerjasama antarabangsa ini adalah merupakan satu langkah yang baik bagi membolehkan SITC UTM berdaya saing dan di kenali di peringkat antarabangsa.

Secara tuntasnya, SITC UTM menyeru mana-mana penyelidik dan badan sukan yang berminat untuk menjalankan kajian dalam bidang sukan dan teknologi sukan untuk bersama sama terlibat dalam pasukan SITC UTM. InshaALLAH usaha yang berterusan dan tidak mudah putus asa, satu hari nanti bendera negara malaysia berjaya dikibarkan dalam pertandingan akhir seperti WORLD CUP dan EMAS OLIMPIK PERTAMA NEGARA. Sekaligus mengharumkan nama Malaysia di peringkat antarabangsa dan meningkat tahap Ekonomi Negara. Akhir kata,majulah sukan untuk negara.

YANG MENJALANKAN AMANAH

Ts Dr Hadafi Fitri Mohd Latip

Timbalan Pengarah Sports Innovation and Technology Centre (SITC IHUMEN UTM)

Pensyarah Kanan Sekolah Kejuruteraan Bioperubatan dan Sains Kesihatan (SKBSK UTM)

Fakulti Kejuruteraan UTM

Explore More