Mei 4, 2024

Search
Close this search box.

PENGHARGAAN KEPADA KEMENTERIAN PENGAJIAN TINGGI ATAS PEMBENTANGAN DAN KELULUSAN PERUNTUKAN KEPADA UNIVERSITI AWAM

Universiti Teknologi Malaysia (UTM) merakamkan penghargaan dan terima kasih kepada Menteri Pengajian Tinggi, Yang Berhormat Datuk Seri Dr. Noraini Ahmad atas pembentangan serta sokongan daripada ahli-ahli Parlimen bagi peruntukan belanjawan kepada Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) di peringkat Parlimen sebentar tadi.

Terdahulu Menteri Kewangan, Yang Berhormat Senator Dato’ Sri Tengku Zafrul Tengku Abdul Aziz telah membentangkan Belanjawan 2021 dengan sejumlah RM14.4 billion diperuntukkan kepada KPT (RM11.58 bilion untuk Perbelanjaan Mengurus dan bakinya untuk Perbelanjaan Pembangunan).

Ini melalui lapan inisiatif yang akan dilaksanakan pada 2021; antaranya Program KPT-PACE, skim pinjaman komputer riba, menaik taraf akses talian Malaysian Research & Education Network (MyREN) kepada 10Gbps, menaik taraf fasiliti dan kemudahan makmal, pelaksanaan program TVET serta galakan cukai bagi pengkomersialan hasil penyelidikan.

Semua inisiatif ini bertepatan dengan hala tuju bagi menjayakan Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2015 – 2025 (Pendidikan Tinggi) – PPPM (PT) 2015 – 2025.UTM berterima kasih dan sentiasa menyokong usaha yang diketengahkan oleh KPT bagi memberi impak positif kepada seluruh pemegang taruh khususnya masyarakat serta pihak industri.

Explore More