November 5, 2024

Search
Close this search box.

Pelajar Tahun Akhir Biosains menghasilkan Video Nasihat Bertajuk “Musibah atau Ujian?”

Pelajar tahun akhir sesi 2019/2020 Jabatan Biosains, Fakulti Sains telah menghasilkan naskah terakhir berbentuk video nasihat sebelum meninggalkan UTM untuk menempuh dunia pekerjaan. Video yang telah dimuat naik ke dalam laman YouTube ini dihasilkan setelah mengikuti program MyRoadmap Pembangunan Pelajar Fakulti Sains (Modul SQ) sepanjang pengajian mereka di UTM.

Sketsa kehidupan ini telah dilakonkan oleh Aimi Alina Hussin, Nurfarah Diyana Zulkarnain, Nur Syuhada Natasya Mat Sani dan Muhammad Nazirul Syed Khalid. Program SQ di Jabatan Biosains ini dibimbing oleh Dr Abdul Fatah A. Samad bagi membentuk sahsiah, keperibadian dan kekuatan rohani yang baik di kalangan pelajar.

Video hampir 5 minit ini memaparkan situasi manusia yang ditimpa musibah dan ujian dalam kehidupan.

Persoalannya adakah ujian atau musibah yang sering atau pernah dilalui oleh kita ini merupakan suatu ujian daripada Allah di dunia yang sementara ini? Perkara-perkara buruk yang dikaitkan seperti musibah dan ujian amat berkait rapat namun ianya mempunyai perbezaan yang harus diperhalusi. Musibah merupakan sesuatu perkara yang berlaku apabila hilangnya nikmat seperti perasaan takut (hilang rasa aman), kekurangan makanan, kehilangan orang tersayang dan sebagainya seperti yang telah diulas oleh penceramah didalam pautan video ini.

Nas dalam al-Quran mengajar kita menyebut kalimah istirja’ (al-Baqarah 2:156) sekiranya ditimpa perkara yang tidak diingini. Secara ringkas, ujian pula ditimpakan ke atas manusia yang selalunya bersifat sementara, bertujuan untuk menguji yang manakah antara kita yang paling baik amalannya (al-Mulk 67:2). Semoga kita semua sentiasa berada didalam lindungan dan kasih sayang Allah walau apa pun bentuk musibah dan ujian yang membadai dalam kehidupan.

Artikel ditulis oleh: Abdul Fatah A. Samad dan Mohd Farizal Ahmad Kamaroddin

Explore More