April 26, 2024

Search
Close this search box.

“Online Global Classroom On Social Sciences And Islamic Studies” Menutup Tirai Program Akademi Tamadun Islam, FSSK 2020

Program Online Global Classroom (OGC) – Inbound merupakan program yang popular dan banyak dijalankan oleh universiti antarabangsa berikutan pandemik COVID – 19.  

Sehubungan itu, Akademi Tamadun Islam, Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan UTM juga tidak terkecuali mengambil peluang dalam usaha melaksanakan  OGC  ini untuk meningkatkan profil keterlibatan Akademi Tamadun Islam, Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan (FSSK) UTM di peringkat antarabangsa.

Tujuan penganjuran program ini adalah untuk mempromosikan program yang ditawarkan di UTM sekaligus menarik minat pelajar seluruh dunia untuk merasakan pengalaman belajar atas talian selain mempromosi kebudayaan yang ada di negara tersebut.

Program ini dilihat sangat membantu memandangkan pelajar dari seluruh dunia boleh menyertai kelas tersebut di mana sahaja tanpa mengira waktu. Antara objektif penganjuran program ini juga adalah untuk mencapai sasaran UTM dalam program mobiliti – Inbound sesuai dengan keadaan pandemik COVID – 19 serta  mengeratkan hubungan kerjasama antara UTM dengan rakan universiti.

Online Global Classroom yang dianjurkan dibahagikan kepada dua sesi.

Sesi yang pertama pada  22 Oktober 2020 melibatkan sesi perkongsian bertemakan OGC High Impact Writing in Social Sciences. Panel yang pertama. Prof. Madya Dr. Moh Fauzi Bin Abu@ Hussin, Pensyarah Kanan Akademi Tamadun Islam telah menyampaikan perkongsian berkaitan  High Impact Educational Writing serta panel yang kedua Dr. Mansoureh Al-Ibrahami, Pensyarah Akademi Tamadun Islam berkongsi berkaitan How to Publish in High Impact Journal.

Online Global Classroom sesi yang kedua telah diadakan pada 29 Disember 2020dengan menganjurkan Webinar on Social Sciences and Islamic Studies di mana melibatkan pembentang dari pelbagai negara antaranya Indonesia, UAE dan Malasysia dengan menggunakan pembentangan melalui tiga Bahasa iaitu Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris dan Bahasa Arab.

Selain pembentangan kertas kerja dari para peserta diadakan juga Forum bertajuk On Law and Ethics in Academic Writing and Publication  yang mengenengahkan tiga Pensyarah sebagai keynote speaker  dari tiga universiti antarabangsa iaitu Dr. Langgeng Budianto dari UIN Malang, Indonesia, Prof. Dr. Wilfred Bidad dari MSU General Santos, Filipina, Dr. Nasiibah dari Akademi Tamadun Islam, UTM serta Moderator Dr. Norhidayu Mohammad Zain, dari Akademi Tamadun Islam, UTM.

Selain itu juga pada sesi sebelah petang diadakan sesi perkongsian mengenai Systematic Literature Review  SLR For Beginners dalam Bahasa Arab yang telah di sampaikan oleh Dr. Kawthar Bayoumi, pensyarah kanan dari Akademi Tamadun Islam.

Program OGC ini berjalan dengan jayanya serta mendapat maklum balas yang positif dari para peserta dan pembentang. Hampir 300 peserta telah berdaftar menyertai sesi OGC yang dijalankan.

Penganjuran  OGC ini di ketuai oleh Dr. Mohammad Naqib Hamdan dan dibantu oleh Dr. Nur Najwa Hanani Abd Rahman, Dr. Akmaliza, Abdullah, Dr. Mohd Khairy Kamaruddin, Dr. Nasiibah Ramli dan Dr. NorHidayu Mohammad Zain merupakan pensyarah-pensyarah dari Akademi Tamadun Islam.

Tahniah dan syabas diucapkan kepada semua yang terlibat secara langsung atau tidak dalam menjayakan Online Global Classroom.

Jumpa di OGC 2021.

Explore More