April 25, 2024

Search
Close this search box.

Forum Online – Is Islam still Relevant in the 21st Century?

5 Disember 2020 – Kelab Iqra’ UTM  telah berjaya menjalankan sebuah program perkongsian bertajuk ‘Is Islam still Relevant in the 21st Century?’. Perkongsian ini telah menggunakan medium Youtube Live Kelab Iqra’ UTM. Walaupun program ini berbentuk atas talian, penyertaan seramai 99 orang di saluran secara  langsung YouTube Kelab Iqra’ menunjukkan bahawa ketiadaan mahasiswa/wi sesi baru tidak menghalang perlaksanaan program mana-mana persatuan di UTM.

Perkongsian ini telah disampaikan oleh Prof. Dr. Fatin Aliah Phang, Pengerusi Sekolah Pendidikan, Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan serta Dr. Zulkifli bin Hamisan @ Khair, Pensyarah Kanan Sekolah Pembangunan Sumber Manusia dan Psikologi, Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan. Para panelis telah menyampaikan pandangan mereka terhadap soalan-soalan yang telah diberikan kepada mereka. Disamping itu, mereka juga telah menekankan tentang pendirian Islam terhadap isu-isu ini serta bagaimana ia boleh diterapkan pada masa ini.

Dengan jayanya program ini telah dilaksanakan walaupun secara maya, semoga ia adalah satu permulaan untuk mahasiswa/wi baru untuk mendapatkan perkongsian yang berbentuk sebegini supaya dapat membantu mereka untuk terus bersemangat dalam pencapaian akademik serta seiring aktif dalam penglibatan aktiviti berpersatuan.

Explore More