April 19, 2024

Search
Close this search box.
Timbalan Naib Canselor (Penyelidikan dan Inovasi), Prof Dtuk Ts Dr Ahmad Fauzi bin Ismail telah hadir untuk menerima cek Bantuan Awal Pengajian 2020 dari Pengerusi Yayasan Bank Rakyat, Datuk Nazir Hussain Akhtar Hussin (kiri) sambil diperhatikan oleh Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi (MEDAC), Datuk Seri Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar (tengah) dan Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Dr Noraini Ahmad

JOHOR BAHRU, 10 Dis. — Yayasan Bank Rakyat (YBR) bermurah hati untuk menyalurkan sumbangan RM1000 kepada 100 orang pelajar dari golongan berpendapatan isi rumah rendah (B40) Universiti Teknologi Malaysia (UTM) melalui sebuah inisiatif prihatin dipanggil Bantuan Awal Pengajian (BAP).

YBR ditubuhkan dengan matlamat menaik taraf sosio ekonomi warganegara Malaysia melalui pendidikan.

Oleh itu pelajar UTM telah dpilih untuk menerima bantuan tersebut sebagai insentif permulaan pelajar dalam melanjutkan pengajian ke institusi pengajian tinggi khusus bagi golongan B40.

Bantuan tersebut akan diberikan kepada pelajar Semester 1 yang memenuhi syarat kelayakan yang akan dinilai melalui saringan Jabatan Timbalan Naib Canselor Hal Ehwal Pelajar.

Penyaluran insentif secara one off ini juga akan dilakukan secara berperingkat dan dikreditkan ke dalam akaun simpanan Bank Rakyat pelajar.

UTM sangat berbesar hati dengan bantuan yang diberikan oleh pihak YBR yang sangat prihatin kepada kesejahteraan pelajar UTM.

Universiti juga mengalukan sebarang inisiatif bantuan dari pihak lain khusus untuk membantu pelajar yang kurang berkemampuan terutama bagi mereka yang terkesan dengan pandemik covid-19.

Terbaharu pada 10 Disember 2020, bantuan ini diberikan secara rasminya dalam Majlis Penyerahan Bantuan Awal Pengajian (BAP) 2020 Kepada IPTA/IPTS yang  telah diadakan di Dewan Tun Abdul Razak, Menara Kembar Bank Rakyat.

Turut hadir dalam majlis tersebut ialah Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Dr Noraini Ahmad; Timbalan Menteri MEDAC, Datuk Mas Ermieyati Samsudin dan Pengerusi Yayasan Bank Rakyat, Datuk Nazir Hussain Akhtar Hussin.

Pada majlis itu, sebanyak 13 IPTA dan IPTS terpilih menerima replika cek berjumlah RM100,000 untuk disalurkan kepada pelajar yang telah dikenal pasti memerlukan bantuan kewangan.

Selain UTM, penerima lain ialah Universiti Tun Abdul Razak (UNIRAZAK), Universiti Utara Malaysia (UUM), Universiti Malaysia Perlis (UniMAP), Universiti Sains Malaysia (USM), Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI), Universiti Putra Malaysia (UPM), Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTeM), Universiti Malaysia Pahang (UMP),Universiti Malaysia Kelantan (UMK), Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA) dan Universiti Teknologi MARA (UiTM)

Explore More