April 24, 2024

Search
Close this search box.

Fakulti Alam Bina dan Ukur (FABU), Universiti Teknologi Malaysia (UTM) telah mengambil langkah awal dalam inisiatif kesedaran 3R di kalangan warga staf dan pelajar melalui program webinar pada 31 Oktober 2020 yang lepas.

Ianya merupakan program kerjasama bersama Pengurus MJARC (Malaysian Japan Advanced Research Centre) UTM Pagoh selaku penceramah jemputan iaitu Dr Pramila a/p Tamunaidu.

Perkongsian yang sangat menarik dan bermakna ini telah berjaya menarik penyertaan seramai 150 orang pelajar dan staf.

Pihak urus setia merakamkan terima kasih kepada Dr Pramila kerana telah sanggup berkorban masa cuti minggu beliau untuk sesi perkongsian ilmu ini.

Jawatankuasa Kelab Lestari di bawah Persatuan EARTH Society, Persatuan Pelajar Senibina Landskap FABU di bawah kelolaan Prof Madya LAr Dr Sapura Mohamad selaku salah seorang ahli Jawatankuasa Lestari FABU telah memulakan inisiatif kelestarian ini di peringkat fakulti melalui aktiviti persatuan pelajar.

Ucapan syabas wajar diberikan kepada jawatankuasa program terutama Qurratu Nisa selaku pengurus program yang telah bekerja keras untuk memastikan program webinar ini berjalan dengan sempurna. Komitmen yang tinggi ini dalam kalangan pelajar patut dihargai.

Kempen 3R ini merupakan pencetus kepada perubahan sikap dan tindakan warga FABU ke arah menjadikan FABU dan UTM umumnya sebagai sebuah kampus lestari.

Budaya lestari tidak terhad kepada 3R namun ini mampu menjadi permulaan kepada tindakan yang lebih besar dan berimpak tinggi.

Walaupun semua pelajar berada di rumah masing-masing, kesedaran 3R ini diharapkan dapat menjadi titik tolak kepada perubahan budaya kehidupan lestari yang akan bermula di rumah dan seterusnya akan dibawa pulang ke kampus.

Jawatankuasa Lestari FABU amat mengalu-alukan aktiviti lestari dalam kalangan pelajar dan staf agar ianya akan terus dipupuk dan dimeriahkan dengan pelbagai aktiviti-aktiviti kelestarian yang lain untuk semua peringkat umur dan latar belakang.

Semoga budaya lestari akan terus mewarnai warga FABU terutamanya pelajar agar budaya yang murni ini akan dikongsi bersama komuniti luar umumnya. Beberapa program kelestarian yang menarik akan menyusul.

Stay tune!!

Explore More