UTM TOP BIDDER SESI 2020/2021 DALAM NORMA BAHARU

50 Projek Terlibat  Bida Peruntukan Tertinggi

UTM Top Bidder bagi Sesi 2020/2021 kembali dalam budaya norma baharu secara dalam talian sepenuhnya pada 17 November 2020 lalu. Program pembentangan untuk pembiayaan penganjuran program berimpak tinggi ini dilaksanakan melalui aplikasi WEBEX.

Penolong Pendaftar Kanan yang juga pegawai penyelaras UTM Top Bidder, Ili Ruwaida Md. Yusof  berkata, UTM Top Bidder tahun ini dianjurkan mengikut Prosedur Operasi Standard (SOP) yang ditetapkan kerajaan serta mematuhi arahan dan nasihat yang dikeluarkan Majlis Keselamatan Negara (MKN) dan Kementerian Kesihatan Malaysia.

“Walaupun berjalan secara dalam talian sepenuhnya tanpa kehadiran pasukan pembida, matlamat UTM Top Bidder kekal sama iaitu melahirkan lebih banyak program berimpak tinggi yang mampu membawa UTM ke persada dunia walau dalam apa situasi yang dihadapi,” katanya lagi.

UTB merupakan program anjuran Jabatan Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar) bagi memberi peluang kepada pelajar mengetengahkan kertas kerja program berimpak tinggi berserta nilai peningkatan pengetahuan dan kemahiran pelajar selepas program, melangkaui sempadan dan untuk memberi impak kepada universiti, masyarakat dan negara serta untuk beroleh peruntukan bagi pelaksanaannya.

Sementara itu, Pengarah Pembangunan & Aktiviti Pelajar, Prof. Madya Dr. Azlan Abdul Latib berkata UTM Top Bidder sentiasa berusaha melakukan penyesuaian dan penambahbaikan secara menyeluruh sesuai dengan keadaan semasa.

“Program kali ini menyuntik sedikit kelainan dalam proses pembentangan di mana setiap pasukan menggunakan kreativiti mereka pada tahap maksimum melalui platform digital bagi menarik perhatian para panel,” ujarnya lagi.

Permohonan untuk menyertai UTM Top Bidder dibuka pada 4 Oktober 2020 dengan tarikh tutup permohonan pada 28 Oktober 2020 lalu.

Sebanyak 50 pasukan melibatkan persatuan, kelab, Jawatankuasa Kolej mahasiswa (JKM) dan Sekretariat Anak Negeri membentangkan projek masing-masing.

Enam ahli panel dari kalangan staf universiti terlibat dalam menilai serta memberi cadangan penambahbaikan setiap projek.

Senarai panel UTM Top Bidder 2020/2021:-

  1. PM Dr Azlan bin Abdul Latib-Pengarah Pembangunan Aktiviti Pelajar (Ketua)
  2. PM Dr Mohd Ariffin bin Abu Hassan-UTMi
  3. Dr Umar Haiyat bin Abdul Kohar-UTM XCITE
  4. Mohd Fauzi bin Abdul Rahman-UTMiLeaGue
  5. Abdul Rashid bin Zailan-UTMSPACE
  6. Tan Hooi Luang-UTMC

Tiga wakil pelajar dari Majlis Perwakilan Pelajar turut menganggotai senarai panel iaitu Nurul Aina Saifudin, Mohammad Najib bin Abdullah dan Fouzieah Azmi.

Senarai projek dalam UTM Top Bidder 2020/2021:-

 

 

1

American Chemical Society International UTM Student Chapter International Young Chemists Summit 2021 (IYCS 2021)
2 BIOPROCESS ENGINEERING STUDENT SOCIETY (BIOSS) EDIFY 2021
3 Computer Graphics Multimedia Association (CGMA) VRAR Innovation Day 2021
4 DEBAT PIDATO PEMIKIR 2nd TECHNOLOGY INTERNATIONAL VARSITY MANDARIN DEBATE CHAMPIONSHIP
5 E-SPORTS CLUB UTM ESC ECOCARE 2021
6 Institute of Materials Malaysia-Student Chapter (IMM-Student Chapter) Ke Desa Ke Kita
7 Institution of Chemical Engineers UTM Student Chapter  (IChemE-UTM SC) Online Chemical Engineering Challenge (OCEC) 2020
8 Jawantankuasa Kolej Mahasiswa (JKM) Kolej Tun Hussein Onn (KTHO) From CAMPUS To CORPORATE (C2C)
9 JAWATANKUASA KOLEJ MAHASISWA (JKM) KOLEJ TUN RAZAK WISER’21 (World In Sustainability and Environmental  Responsibility 2021)
10 Jawatankuasa Kolej Mahasiswa Kolej Rahman Putra FIESTRA 2021
11 Jawatankuasa Kolej Mahasiswa Kolej Tuanku Canselor Sesi 2020/2021 UTM Cyber War 2021
12 Jawatankuasa Kolej Mahasiswa Kolej Tun Dr.Ismail LiteCamp ‘We care, we share’
13 Jawatankuasa Kolej Mahasiswa Kolej Tun Hussein Onn Debat Piala Hussein Onn
14 Jawatankuasa Kolej Mahasiswa Kolej Tun Razak HEARTKO 2021
15 JAWATANKUASA KOLEJ MAHASISWA TUN DR. ISMAIL Culture Festival 2021
16 JAWATANKUASA KOLEJ DATIN SERI ENDON Mind Festive: Heading Towards A Recovery Oriented Approach
17 JAWATANKUASA KOLEJ DATIN SERI ENDON Young Scientist Pioneer : Aspire Towards Emerging A Better Nation Paperwork Program
18 JAZARI INNOVATION CLUB JAZARI ROBOTIC COMPETITION
19 JKM KOLEJ TUANKU CANSELOR Regalis Engineering Festival 2.0
20 KELAB DEBAT,PIDATO DAN PEMIKIRAN KRITIS (DEPIKIR) SAYEMBARA BAHASA MELAYU 2021
21 Kelab Evolusi Ilmu (EVO) Asia Pacific Exchange Technology (APETech)
22 Kelab Evolusi Ilmu (EVO) Go Green with Us
23 KELAB GEOINFORMATIK (GEOINFO) Geo-Inspire Nature Camp 2021 (GeoINC’21)
24 Kelab Gerakan Pengguna Siswa Pertandingan Pidato Kepenggunaan Peringkat Universiti Awam Tahun 2021
25 KELAB KAUNSELING DAN KERJAYA EDUTECH
26 KELAB MAHASISWA PEMADAM IMPROVE HEALTH FIGHT AGAINST DRUGS (IHAD) 2.0
27 KELAB MAHASISWA PEMADAM UTM KARNIVAL BELIA BEBAS DADAH
28 Kelab PROSIS (Program Siswa Sihat) Kertas Kerja Permohonan Melaksanakan Program Cakna Sihat 2021 Kelab PROSIS  UTM
29 Kelab Volunteer@UTM I AM VOLUNTEER 2021 : SISWA SAYANG KOMUNITI
30 NUCLEAR ENGINEERING STUDENTS SOCIETY PICK AND PROTECT MISSION (PP MISSION)
31 PERSATUAN KEJURUTERAAN AWAM (PEKA) Health is Wealth : #newnorm
32 PERSATUAN MAHASISWA HINDU MUTHAMIZH PANPADDU VIZHA 2021
33 PERSATUAN MAHASISWA HINDU UTM SOUTHERN LIGHT FESTIVAL 2021
34 PERSATUAN MAHASISWA ISLAM UTM KERANA SISWA UNTUK MASYARAKAT (KESUMA ’21)
35 PERSATUAN MAHASISWA ISLAM UTM KONGRES ANAK MUDA ISLAM SEJAHTERA (KAMIS)
36 Persatuan Mahasiswa Sains Komputer (PERSAKA) CSR: School of Computing UTM 2021
37 Persatuan Pelajar Kejuruteraan Bioproses (BIOSS) 7th International Biotechnology Competition and Exhibition (IBCEx’21)
38 PERSATUAN PELAJAR KEJURUTERAAN BIOPRUBATAN DAN SAINS KESIHATAN (BIOMEHS) UTM TILAWAH COMPETITION 2021
39 Persatuan pelajar kejuruteraan elektrik (JURUTEK) Voltech
40 Persatuan Seni Silat Cekak UTM 21 Days Virtual Sit-Up Challenge
41 SEKRETARIAT ANAK JOHOR DARUL TAZIM UTM JAMBORI MAHASISWA JOHOR
42 SEKRETARIAT RAKAN MUDA MERENTAS BUDAYA
43 Society of Petroleum Engineering (SPE) Charity Month 2021
44 Society of Petroleum Engineers UTM Student Chapter SPE-UTM SC Intellectual Day 2021
45 Student Chapter AIESEC AIESEC Southern Youth Leadership Conference 8.0
46 Student Chapter AIESEC AIESEC Youth Speak Forum 3.0
47 The Institution Of Engineers, Malaysia, UTM Student Section UTM 1st InvencMax Competition
48 UTM ACES TOASTMASTERS CLUB ACES International Public Speaking Coaching and Competition
49 UTM IET On Campus Virtual Capstone Experience 3.0 (ViCE 3.0)
50 UTM IET ON Campus ViCE 2.0 (Virtual Capstone Experience 2.0)

 

Leave a Comment

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *