November 9, 2024

Search
Close this search box.

Kelab Iqra’ UTM telah berjaya menjalankan sebuah program perkongsian bertajuk “PROGRAM PERTANDINGAN CIPTA LOGO KELAB IQRA”. Pertandingan ini telah menggunakan medium instagram kelab iqra’ untuk mengumumkan pemenang. Walaupun program ini berbentuk atas talian, penyertaan seramai 37 orang serta 46 logo telah dihantar melalui email kelab iqra di kelabiqrautm@gmail.com menunjukkan bahawa ketiadaan mahasiswa/wi sesi tidak menghalang perlaksanaan program mana-mana persatuan di UTM.

Pertandingan ini telah diketuai oleh saudari Nurul Iffah Binti Mohamad Solan, pelajar Fakulti Kimia Tulen, tahun 2. Objektif dan matlamat program ini adalah untuk menyediakan platform untuk peserta mengembangkan bakat dalam mencipta logo dan mengenal pasti kemahiran dan minat peserta yang berpotensi seterusnya membolehkan pengguna sosial media menyebarkan mesej dan etika dakwah di kalangan pelajar.

Dengan jayanya program ini telah dilaksanakan walaupun secara maya, semoga ia adalah satu permulaan untuk mahasiswa/wi UTM untuk mendapatkan pengalaman yang berbentuk sebegini supaya dapat membantu mereka untuk lebih berdaya saing dan dapat mencungkil bakat mereka.

Explore More