This news is also available in: English

UNTUK EDARAN SEGERA

PEMAKLUMAN 

LANJUTAN PELAKSANAAN BEKERJA DARI RUMAH (WORK FROM HOME)

BERKUATKUASA MULAI 9 NOVEMBER 2020 HINGGA 6 DISEMBER 2020

 

Merujuk kepada pemakluman oleh Majlis Keselamatan Negara (MKN) pada 7 November 2020 yang telah menguatkuasakan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) di seluruh negeri kecuali Perlis, Pahang dan Kelantan bermula 9 November hingga 6 Disember 2020, Pengurusan Universiti memutuskan untuk pelaksanaan bekerja dari rumah/ Work From Home (WFH) diteruskan mengikut tempoh yang diumumkan MKN. 

Semua staf di kampus Johor Bahru, Pagoh dan Kuala Lumpur dikehendaki melaksanakan WFH kecuali staf yang terlibat dengan perkhidmatan perlu (essential services). Penetapan had bilangan staf yang dibenarkan untuk bekerja dari pejabat adalah maksimum 25%. Ini juga tertakluk kepada situasi semasa atas budi bicara Ketua Pusat Tanggungjawab (PTJ). 

Staf perlu merekod kehadiran waktu kerja melalui GPS Check-In/Out di aplikasi UTMSmart. Kegagalan untuk merekodkan kehadiran adalah merupakan satu kesalahan dan tindakan tegas boleh dikenakan berdasarkan peraturan sedia ada. Staf juga diingatkan untuk sentiasa mematuhi peraturan-peraturan semasa bekerja dari rumah seperti yang telah ditetapkan oleh Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA). 

Staf yang terlibat dengan essential services perlu mematuhi Panduan Keluar Masuk Kampus dan warga Universiti adalah diminta untuk sentiasa mematuhi Prosedur Operasi Standard (SOP) yang dikeluarkan oleh Majlis Keselamatan Negara (MKN), Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dan Kementerian Pengajian Tinggi (KPT). 

Untuk pertanyaan lanjut mengenai WFH, sila hubungi Jabatan Pendaftar melalui talian 0167300969 (UTMJB – Puan Saidatul Akmal Abdul Hamid), 014-9501833 (UTMPAGOH En. Mohd Farid Rahmat), 0126620515 (UTMKL – Puan Nurulhaslinda Muhd Sidek) atau email kepada bsm@utm.my

Berikut pula merupakan senarai talian Hotline UTM semasa PKPB: 

https://www.utm.my/hotline/

Sekian, sila ambil maklum.

PEJABAT HAL EHWAL KORPORAT
UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

7 NOVEMBER 2020