April 26, 2024

Search
Close this search box.

KUALA LUMPUR, 19hb Nov. — Pihak Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) telah mengambil inisiatif untuk membantu meringankan beban pelajar serta mengurangkan kos sara hidup tinggi di Kuala Lumpur ekoran Covid-19.

Terdahulu, MAIWP telah mengambil langkah proaktif dengan mewujudkan inisiatif perbincangan bersama wakil-wakil Universiti Awam di Kuala Lumpur.

Antara universiti yang terlibat ialah UTM Kuala Lumpur (UTMKL), Universiti Malaya (UM), Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) dan Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM) pada panggilan mesyuarat pertama bertarikh 24 Oktober 2019.

Pejabat Hal Ehwal Pelajar melalui Pusat Kesejahteraan dan Kebajikan Pelajar (PKKP) telah hadir bagi pihak universiti untuk membincangkan isu tular di media sosial berkaitan isu rintihan pelajar institusi pengajian tinggi yang menderita akibat kos sara hidup tinggi di Kuala Lumpur.

Jumlah sumbangan Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan kepada Pelajar UTM Kuala Lumpur

Hasil perbincangan kedua bertarikh 31 Oktober 2019, MAIWP telah meminta kesemua universiti terlibat memanjangkan kertas kerja beserta permohonan dana yang diperlukan mengikut jumlah pelajar B40 di institusi masing-masing.

Setelah pihak HEPUTMKL membuat tindakan susulan melalui beberapa sesi pembentangan dan tapisan oleh MAIWP, pada 10 Februari 2020, HEPUTMKL telah dijemput hadir ke sesi penyerahan dana sumbangan.

MAIWP telah bersetuju untuk menyalurkan dana sebanyak RM 6,494,400.00 kepada 1,230 orang pelajar B40 UTM Kuala Lumpur.

Sesi penyerahan tersebut telah dihadiri oleh Pengarah Hal Ehwal Pelajar, HEPUTMKL, Prof Madya Ir. Dr. Pauziah bt Muhamad dan wakil PKKP HEPUTMKL dan diadakan diadakan di Dewan Seminar, Aras 1, Bangunan PERKIM, Kuala Lumpur.

Dato Sri Syed Hussain Al Habshee, Pengerusi Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP).

Majlis agihan tersebut telah disempurnakan oleh Dato Sri Syed Hussain Al Habshee, Pengerusi Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP).

Bantuan yang dihulurkan adalah seperti berikut:

  • Bantuan makanan segar kepada 822 orang penerima yang layak mengikut maklumat seperti berikut : 180 hari X RM 10 = RM 1800 bermula dari bulan Jun – Nov 2020 (sedang berjalan)
  • Bagi sewaan penginapan kepada 908 orang penerima yang layak mengikut maklumat seperti berikut : 134 hari  X RM 4 = RM 536 bermula dari Januari – Jun 2020 telah diselesaikan
  • Bagi kos sewa penginapan pelajar tersebut berjumlah rm 4/hari.

Pihak UTM ingin merakamkan jutaan terima kasih kepada pihak MAIWP atas sumbangan yang diberikan.

Prof Madya Ir. Dr. Pauziah bt Muhamad mewakili UTM untuk menerima sumbangan

 

Sumber rasmi :

Pusat Kesejahteraan dan Kebajikan Pelajar UTM Kuala Lumpur

En Hazly Jaafar

En Ghazali Shafie

 

Explore More