Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan (FSSH) melalui Program FSSH PPP Experts’ workshop telah menganjurkan Kursus Adobe Photoshop selama dua hari iaitu pada 26 hingga 27hb Okt 2020 di Makmal Komputer, Sekolah Pendidikan, FSSH.

Kursus julung-julung kalinya diadakan in telah disertai oleh seramai 13 orang peserta dari pelbagai PTJ di UTM dengan mematuhi semua aturan SOP yang telah ditetapkan oleh pihak Universiti.

Kursus berkonsepkan ‘hands on’ ini adalah bertujuan memberikan peluang staf PPP FSSH yang mempunyai ilmu, kemahiran dan kepakaran berkongsi bersama staf dari PTJ lain melalui kursus secara intensif ini.

Bagi siri 1 ini, melalui kepakaran dan ilmu yang dimiliki oleh dua (2) orang pereka FSSH iaitu Pn Fadhilah Othman dan Pn Siti Noraini Mohd Zali, penceramah telah memberikan kursus asas Adobe Photoshop bagi tujuan merekabentuk grafik untuk pelbagai kegunaan seperti rekaan poster dan grafik Powerpoint yang lebih menarik.

Kursus kendalian ini pada umumnya telah berjaya apabila setiap peserta yang merupakan pengguna amatur boleh menghasilkan poster yang menarik dengan mempraktikkan tips dan kaedah yang telah diajar.

Program ini juga berkonsepkan CSR di mana 70 peratus dari hasil kutipan yuran program ini melalui sumbangan staf PPP FSSH akan disumbangkan kepada Tabung Endowmen fakulti, sekolah dan Akademi masing-masing.

Selari dengan tagline FSSH iaitu Mendidik dan Menginsan, adalah menjadi harapan penganjur bagi siri-siri Program Program FSSH PPP Experts’ workshop yang akan datang lebih ramai lagi staf PPP FSSH akan berkongsi ilmu, kepakaran dan pengetahuan yang mereka miliki untuk manfaat para peserta yang mengikuti program-program sebegini.

Antara contoh-contoh hasil rekabentuk peserta di akhir program

 

 

Disediakan oleh:

Khairull Azmi bin Ishak

Timbalan Pendaftar

Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan