November 22, 2024

Search
Close this search box.

Bengkel Asas OBS Kelab Iqra’ UTM

Kelab Iqra’ UTM telah berjaya menjalankan sebuah program perkongsian bertajuk “PROGRAM BENGKEL ASAS OBS  KELAB IQRA”.

Program ini telah menggunakan medium google meet untuk berinteraksi dan menunjukan cara mengguna OBS kepada peserta.

Walaupun program ini berbentuk dalam talian, penyertaan seramai 36 peserta menunjukkan bahawa ketiadaan pelajar tidak menghalang pelaksanaan program mana-mana persatuan di UTM.

Program ini telah diketuai oleh saudara Muhammad Syafiyadiy Bin Jamaludin, pelajar Jurusan Mekatronik, Sekolah Kejuruteraan Elektrik, tahun 4.

Objektif dan matlamat program ini adalah untuk mendedahkan perisian asas siaran langsung kepada pelajar, dan kelab Iqra’ dapat membantu kelab-kelab lain di UTM dengan ilmu yang diperolehi untuk melaksanakan program akan datang.

Perkongsian ini telah disampaikan oleh saudari Amal Solehah Binti Aidiahmad, Pelajar tahun 2  dari Sekolah Pembangunan Sumber Manusia dan Psikologi serta saudara Muaz Bin Amir Nur Rashid, pelajar tahun 3, Sekolah Komputeran.

Saudari Amal Solehah dan saudara Muaz telah berkongsi ilmu mengenai bagaimana mengunakan OBS secara pembelajaran atas talian.

Dengan kejayaan penganjuran program secara dalam talian ini, penganjur berharap agar program menjadi satu permulaan untuk pelajar UTM beroleh pengalaman dan ilmu supaya dapat membantu mereka untuk lebih berdaya saing dan dapat mencungkil bakat kendiri.

Explore More