April 26, 2024

Search
Close this search box.

Perkongsian 30 Hari Pertama di UTM Tekan Cabaran Mahasiswa Era Covid-19

Universiti Teknologi Malaysia (UTM) melalui Kelab Iqra bersama-sama dengan Kelab Hikmah KTHO telah berjaya menjalankan sebuah program perkongsian bertajuk ’30 Hari Pertama di UTM’ menggunakan medium Google Meet.

Walaupun program ini berbentuk dalam talian, penyertaan seramai 43 orang serta 175 ‘views’ di saluran secara lansung YouTube Kelab Iqra menunjukkan bahawa ketiadaan mahasiswa/i pada sesi pengajian baharu tidak menghalang pelaksanaan program oleh mana-mana persatuan di UTM.

Perkongsian ini telah disampaikan oleh saudari Norfazliana Abdullah, pelajar Doktor Falsafah Kejuruteraan Kimia yang telah berpengalaman bergelar mahasiswi UTM sejak tahun 2008 sehingga 2020.

Saudari Norfazliana telah menyampaikan perbezaan mahasiswa/i dahulu dan sekarang antaranya adalah e-daftar pelajar baharu, orientasi atas talian serta pembelajaran atas talian.

Di samping itu, perkongsiannya menekankan tentang hala tuju mahasiswa walaupun tidak merasai ‘mood’ mahasiswa yang sebenar iaitu hadir kuliah, mengenali sahabat baru terutamanya jurusan yang sama serta mengenali pensyarah secara fizikal dan melawat tempat-tempat menarik di UTM.

Hala tuju serta peranan mahasiswa di bawah garis panduan falsafah UTM, visi dan misi UTM sendiri.

Dengan jayanya program ini telah dilaksanakan walaupun secara maya.

Oleh itu semoga ia adalah satu permulaan untuk mahasiswa/i baru untuk mendapatkan perkongsian yang berbentuk sebegini supaya dapat membantu mereka untuk terus bersemangat dalam pencapaian akademik serta seiring aktif dalam penglibatan aktiviti berpersatuan.

Explore More