Julai 27, 2024

Search
Close this search box.

Talian Turut Ladeni 1091 Pesanan Melalui Aplikasi Whatsapp

Talian Hotline 24 jam Minggu Mesra Mahasiswa UTM telah mencatatkan jumlah 2273 panggilan sepanjang operasinya bermula dari 25 September hingga 14 Oktober 2020.

Talian yang pada awalnya disasarkan untuk membantu urusan pelajar baharu hadir mendaftar tiba-tiba menjadi ‘sangat panas’ apabila kenyataan media Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) pada 2 Oktober 2020 yang meminta semua universiti untuk menangguhkan sementara kehadiran semua pelajar secara fizikal ke kedua-dua kampus.

Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar), Prof. Dr. Durrishah Idrus berkata, susulan dari kenyataan rasmi KPT berkaitan penangguhan pendaftaran pelajar baharu dan pendaftaran semula pelajar kanannya bagi Semester 1 Sesi 2020/2021 baru-baru ini, banyak pertanyaan khasnya dari ibu bapa dan pelajar sendiri yang perlu dibantu.

“Pelajar dan ibu bapa yang ingin mendapatkan maklumat lanjut berhubung segala perkara berkaitan dengan pendaftaran pelajar baru serta program Minggu Mesra Mahasiswa boleh menghubungi talian hotline 01118687022 bagi kampus Johor Bahru dan 0104040277 bagi kampus UTM Kuala Lumpur,” tambahnya lagi.

Sebahagian anggota pasukan Hotline 24 Jam MMM pimpinan Prof. Madya Dr. Azlan Abdul Latib (paling kanan)

Pengarah Pembangunan & Aktiviti Pelajar, Prof. Madya Dr. Azlan Abdul Latib berkata seramai 27 petugas terlibat mengendalikan talian 24 jam termasuk hujung minggu ini mengikut jadual giliran yang ditetapkan bagi kedua-dua kampus Johor Bahru dan Kuala Lumpur. “Kami telah membuat perancangan rapi dan memastikan setiap panggilan dan pesanan melalui whatsapp disantuni dan dilayan dengan mesra walaupun ketika larut malam” katanya lagi.

Sehingga 13 Oktober 2020, talian ini turut menerima dan meladeni sebanyak 1091 pesanan melalui whatsapp.

Berdasarkan rekod yang dicatatkan oleh semua petugas, pelbagai pertanyaan diajukan bukan sahaja oleh pelajar malah ibu bapa.

Antara persoalan yang paling popular ialah penundaan tarikh tiket penerbangan, yuran asrama, permohonan masuk kampus atas keperluan capaian internet, pembelajaran dalam talian, urusan gambar kad matrik, UTM ID, bantuan kewangan, visa (pelajar antarabangsa), pemeriksaan kesihatan dan sebagainya.

Pasukan Hotline 24 Jam Minggu Mesra Mahasiswa

UTM Johor Bahru:

  1. Ismail Abdul Karim
  2. Mohd Iskandar Ishak
  3. Nur Fatihah Md Rafi
  4. Miswan Mohd Zin
  5. Khairil Zaidi Mohd Zaki
  6. Habibah Amat Tairi
  7. Mohd Taufikh Salmat
  8. Noor Zalida Ibrahim
  9. Siti Najwa Suhaima
  10. Siti Nazirah Muhamad Nazri
  11. Mohd Shahnizam Mohd Amran
  12. Haslinda Haris

UTM Kuala Lumpur

  1. Ir. Dr. Pauziah Muhamad
  2. Prof. Ts. Ir. Dr. Aminudin Haji Abu
  3. Mohamed Azlan Suhot
  4. Nurul Ain Mohd Yunos
  5. Eva Sriaza Muhamad Ariff
  6. Shazuli Azroel Sapingi
  7. Norashikin Mohd Ameri
  8. Shazura Azreen Abu Kasim
  9. Nabil Hazwan Muhamad Hasim
  10. Muhamad Nur Azam Saari
  11. Nor Azuwan Azahar
  12. Hazly Ja’apar
  13. Ghazali Shafie
  14. Nur Atiqah Zainal Abidin
  15. Nazirah Mohd Desah

Syabas diucapkan kepada pasukan Hotline 24 Jam Minggu Mesra Mahasiswa yang telah bertungkus lumus memberi perkhidmatan terbaik untuk memastikan pelajar mendapat maklumat dan maklum balas yang diperlukan serta kebajikan pelajar sentiasa terjaga.

Explore More