November 23, 2024

Search
Close this search box.

Online Global Classroom merupakan salah satu program yang diperkenalkan oleh Universiti Teknologi Malaysia (UTM).

Justeru Akademi Tamadun Islam, Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan mengambil inisiatif menganjurkan satu webinar antarabangsa berkenaan “High Impact Publication” dengan kerjasama Mindanao State University General Santos City, Filipina dan Universitas Islam Negeri Maulana Malik Ibrahim Malang, Indonesia telah berjaya dianjurkan.

Program ini telah berlangsung pada hari Khamis, 22 Oktober 2020 dengan menggunakan platfom Webex secara dalam talian. Webinar ini diketuai oleh Dr. Mohammad Naqib bin Hamdan selaku Pengarah Program.

Program berjalan lancar dan berjaya dengan melibatkan penyertaan peserta seramai 121 orang telah mendaftar. Penyertaan peserta sangat memberansangkan kerana melibatkan peserta dari IPTA dan IPTS di Malaysia dan juga dari luar negara seperti UTM, UPSI, KUIZM, UniSZA, UTEM, UTHM, Geomatika Universiti, UPM, UMT, USM, Kolej Komuniti dan OUM.

Antara peserta antarabangsa yang menyertai webinar ini adalah dari Indonesia, Filipina, Iran, Turki, India dan UAE.

Para peserta juga terdiri dari pelbagai latar belakang seperti professor, pelajar pasca-siswazah, penyelidikan dan pekerja kerajaan.

Tujuan utama program ini adalah untuk berkongsi pengalaman mengenai penulisan artikel berimpak tinggi, memperkenalkan para sarjana dan pakar dari UTM serta meningkatkan keterlihatan (visibility) UTM di peringkat antarabangsa.

Melalui maklum balas yang diterima, kebanyakan peserta menyatakan tahap berpuas hati dengan program yang dianjurkan berdasarkan borang maklum balas yang diberikan dan ini menunjukkan tujuan program ini dianjurkan berjaya dicapai mengikut objektif yang ditetapkan.

Malah, pihak Akademi Tamadun Islam sendiri telah ditawarkan untuk bekerjasama dalam penganjuran webinar lain sebaik sahaja program ini tamat dijalankan.

Dua orang pensyarah dari UTM telah diketengahkan untuk berkongsi pengalaman dalam penulisan artikel berimpak tinggi.

Slot pertama telah disampaikan oleh Dr. Mansoureh, pensyarah kanan di Akademi Tamadun Islam. Beliau merupakan seorang penulis prolifik dan telah menerbitkan pelbagai penulisan dalam bidang politik Asia Barat, Pendidikan dan lain-lain. Tajuk slot beliau adalah “How to Publish in High Impact Journal”.

Slot kedua pula telah disampaikan oleh Prof. Madya Dr. Mohd Fauzi Abu@Hussin dari Akademi Tamadun Islam. Bidang kepakaran beliau adalah berkenaan ekonomi dan muamalat. Beliau telah menerbitkan pelbagai artikel dalam jurnal berindeks. Tajuk slot beliau adalah “High Impact Educational Writing”.

Sekalung penghargaan juga diberikan kepada para AJK yang terlibat dalam menjayakan program ini seperti Dr. Nur Najwa Hanani binti Abdul Rahman, Dr. Akmaliza binti Abdullah, Dr. Nasiibah binti Ramli dan Dr. Norhidayu binti Muhamad Zain juga pensyarah kanan Akademi Tamadun Islam, FSSH, UTM serta mereka yang turut terlibat menjayakan program secara langsung atau tidak langsung.

 

Dr. Mansoureh Ebrahimi
Dr. Mohd Fauzi Abu@Hussin
Peserta antarabangsa

Explore More