April 24, 2024

Search
Close this search box.

Umar Mahfudz Ketuai Senarai Pelajar UTM sebagai Finalis Anugerah Ikon Siswa Johor 2019

Pelajar Ijazah Sarjana Muda Kejuruteraan (Bio-Perubatan), Umar Mahfudz Md Ashari mengetuai barisan Universiti Teknologi Malaysia (UTM) sebagai senarai calon akhir Anugerah Ikon Siswa Johor 2019.

Presiden Persatuan Mahasiswa Anak Johor Seluruh Institut Pengajian Tinggi (IPT) yang juga dikenali sebagai Johor Future Leader ini pernah mengetuai delegasi Mahasiswa Johor UTM ke Beijing dan Shanghai, China dalam Global Outreach Knowledge Acquisition@China 2019 (GLOKA’19).

Presiden Persatuan Mahasiswa Anak Johor Seluruh IPT, Umar Mahfudz Md Ashari

Selain itu, pasukan ERS UTM turut tersenarai dalam perebutan Anugerah Program Inovasi Terbaik. Pasukan yang diketuai oleh pelajar kursus Sarjana Muda Kejuruteraan Mekanikal, Mohammad Nurhamizan Zaidi itu mempertaruhkan projek mereka iaitu Educational Robotics Set.

Pasukan ERS UTM finalis Anugerah Program Inovasi Terbaik

Anugerah Ikon Siswa Johor 2020 merupakan majlis penganugerahan eksklusif kepada seluruh mahasiswa anak jati Johor anjuran Kerajaan Negeri Johor dengan kerjasama Institut Integriti Kepimpinan Dan Latihan Semangat Dato’ Onn (IKLAS).

Penyandang tertinggi iaitu Anugerah Menteri Besar Ikon Siswa Johor bakal dimahkotakan kepada mahasiswa (individu) yang mempunyai pencapaian terbaik dari segi keseluruhan iaitu akademik, kesukarelawanan, kepimpinan, sukan dan kebudayaan.

Sesi penilaian dan temuduga Anugerah Ikon Siswa Johor 2020 telah berlangsung pada 6 September 2020 bertempat di Hotel Jen Puteri Harbour Johor. Sesi yang mengambil masa dari 8.00 pagi hingga 5.00 petang ini telah mengumpulkan mahasiswa dari pelbagai latar belakang yang merebut gelaran yang dipertandingkan.

Bagi edisi 2019, Pelajar Sarjana Muda Pendidikan (Sains Sukan) UTM, Noor Azilah Aziz dimahkotakan Ikon bagi Kategori Sukan dan Kebudayaan dalam Anugerah Ikon Siswa Johor yang dilangsungkan di Pulai Springs, Johor Bahru. Noor Azilah juga merupakan pelajar Program ‘signature’ UTM 5 Excellence Tracks Programme (5ETP) dalam Teras Kecemerlangan Sukan.

Noor Azilah Aziz dimahkotakan Ikon bagi Kategori Sukan dan Kebudayaan edisi 2018

 

SENARAI PENUH CALON AKHIR (UTM) BAGI ANUGERAH IKON SISWA JOHOR (KEPIMPINAN)

Nama : Umar Mahfudz bin Md Ashari

Kursus : Ijazah Sarjana Muda Kejuruteraan (Bio-Perubatan)

Fakulti : Sekolah Kejuruteraan Bioperubatan & Sains Kesihatan (Fakulti Kejuruteraan)

 

CALON AKHIR ANUGERAH IKON SISWA JOHOR (AKADEMIK)

Nama : Muhammad Irfan Naufal bin Mohd Zaki

Kursus : Sarjana Muda Kejuruteraan (Mekanikal – Aeronautik)

Fakulti : Sekolah Kejuruteraan Mekanikal (Fakulti Kejuruteraan)

 

CALON AKHIR ANUGERAH IKON SISWA JOHOR(KEBUDAYAAN)

Nama : Nurul Syahirah binti Jamahiri

Kursus : Ijazah Sarjana Muda Kejuruteraan (Bio-Perubatan)

Fakulti : Sekolah Kejuruteraan Bioperubatan & Sains Kesihatan (Fakulti Kejuruteraan)

 

CALON AKHIR ANUGERAH PROGRAM INOVASI TERBAIK

Pasukan ERS

Projek : EDUCATIONAL ROBOTICS SET

 

Explore More