April 25, 2024

Search
Close this search box.

“Semarak Ilmu, Teduhan Kasih” : Sinergi CSR Perpustakaan UTM KL Bersama Perpustakaan Negara Malaysia

Pada 26 September 2020 satu program CSR antara Perpustakaan Universiti Teknologi Malaysia (UTM) Kuala Lumpur sinergi bersama Perpustakaan Negara Malaysia (PNM)  telah diadakan di Rumah Titian Kasih, Titiwangsa, Kuala Lumpur.

Program yang berlangsung selama setengah hari bermula jam 8.30 pagi – 1.00 tengah hari telah melibatkan 40 orang anak-anak yatim di Rumah Titian Kasih yang berumur 12 tahun dan ke bawah.

Program yang bertemakan “Semarak Ilmu, Teduhan Kasih” ini telah melibatkan seramai 10 orang sukarelawan yang terdiri daripada staf Perpustakaan UTM Kuala Lumpur.

 

 

Objektif pelaksanaan program ini adalah untuk meningkatkan kerjasama antara UTM dengan PNM yang bertanggungjawab membina budaya ilmu dalam kalangan golongan berkeperluan khas. Selain itu, tujuan program adalah juga bagi menggalakkan keterlibatan staf Perpustakaan UTM dalam menyokong program yang berbentuk perkhidmatan kepada komuniti.

Program ini juga adalah untuk menyokong KAI Life style @ UTM Kuala Lumpur  dan KAI Perpustakaan UTM KL dalam menyantuni golongan berkeperluan khas melalui aktiviti pembacaan ke arah memupuk budaya membaca dan melahirkan masyarakat yang berilmu.

 

Justeru, antara aktiviti yang telah dilaksanakan oleh Perpustakaan UTM KL melibatkan dua slot program iaitu Terapi Minda dan Buku serta Bina Kata.  Peserta telah dibahagikan mengikut 4 kumpulan bagi memudahkan kawalan dan bagi mencapai matlamat program di mana perhatian untuk setiap kumpulan lebih berfokus.

 

 

Slot Terapi Minda dan Buku dilaksanakan secara bersemuka yang melibatkan sesi bercerita dan membaca buku. Tujuan slot ini diwujudkan adalah untuk memupuk budaya membaca dengan pengisian jiwa dalam meningkatkan motivasi serta keyakinan diri kepada golongan ini.

 

 

Slot Bina kata pula, merupakan satu sesi interaktif dalam pencarian kosa kata. Ianya berbentuk pertandingan bagi menarik minat mereka untuk belajar dan faham apa yang hendak disampaikan. Tujuan aktiviti ini diadakan adalah bagi meningkatkan pengetahuan dan memupuk kreativiti peserta dalam membina kosa kata tersebut.

Kumpulan yang mendapat markah yang tertinggi telah menerima hadiah.

 

 

Setengah hari masa yang diperuntukkan sangat sarat dan padat dengan aktiviti yang berfaedah. Peluang yang diberikan kepada Perpustaakaan UTM KL satu amanah yang perlu diambil dalam menjalankan tanggungjawab membina masyarakat berilmu tidak mengira darjat, agama dan bangsa.

Lokasi yang terletak di tengah-tengah pusat bandar dengan kepesatan kemajuan bukan alasan untuk pihak penganjur menutup sebelah mata dalam menjalankan amanah ini. Golongan seperti ini perlu dibantu dalam menaikan taraf hidup kehidupan mereka untuk menjadi lebih baik serta berilmu.

Explore More