Buat julung kalinya Majlis Bandaraya Iskandar Puteri dengan kerjasama staf Jabatan Biosains Fakulti Sains, Universiti Teknologi Malaysia (UTM) telah mengadakan bengkel bersiri bagi projek Pertanian Bandar : Kebun Komuniti dan Pengkomposan di Gateway, Horizon Hill.

Projek ini telah mendapat sokongan daripada Sustainable Energy Development Authority (SEDA) Malaysia di bawah inisiatif tambahan melalui Projek Green Technology Application for the Development of Low Carbon Cities (GTALCC) dengan kerjasama United Nations Development Program (UNDP) dan Global Environment Facility (GEF).

Bengkel tersebut adalah bertujuan untuk membangunkan dan memberikan nilai tambah kepada kualiti dan gaya hidup komuniti yang mengusahakan kawasan ruang kebun kejiranan. Selain memperbaiki gaya hidup komuniti setempat ia juga mampu memupuk nilai-nilai murni kejiranan.

Dalam bengkel ini teknik kultur-hugel telah diperkenalkan semasa siri pertama bengkel iaitu pada 29 Jun 2020 (Isnin) dan siri kedua bengkel pengkomposan lestari pada 9 Ogos 2020 (Ahad). Melalui dua siri bengkel ini, peserta dapat menambah kemahiran diri, menjimatkan perbelanjaan dapur dan menjana pendapatan sampingan.

Oleh: Dr. Huszalina Hussin
Dr. Siti Pauliena Mohd Bohari