April 19, 2024

Search
Close this search box.

Inisiatif Sudut Bacaan Akademi Zakat UTMKL dan Pusat Pungutan Zakat-MAIWP

Pada 18 Ogos 2020 (Selasa), bertempat di Perpustakaan Universiti Teknologi Malaysia (UTM) Kuala Lumpur, telah diadakan satu Majlis Perasmian AZKA Corner@UTMKL yang disempurnakan oleh Tuan Haji Ahmad Shukri Yusoff, Ketua Pegawai Eksekutif Pusat Pungutan Zakat – Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (PPZ-MAIWP).

Perpustakaan UTM Kuala Lumpur merupakan organisasi kedua yang terpilih bagi menempatkan koleksi bahan bacaan dan terbitan Akademi Zakat (AZKA), PPZ-MAIWP.

Tujuan utama penubuhan AZKA Corner@UTMKL adalah untuk menyebar luas ilmu melalui buku, kajian dan penerbitan berkaitan zakat kepada pelajar, staf serta komuniti. Kewujudan sudut ini merupakan satu inisiatif Akademi Zakat dan PPZ-MAIWP untuk memaklumkan dan memanjangkan dakwah zakat kepada masyarakat.

Ruang ini dibina bukan sekadar sebagai sudut bacaan semata-mata malahan merupakan satu usaha penjenamaan yang akan memberi kesedaran kepada masyarakat untuk menanam konsep zakat di dalam hati.

Penubuhan AZKA Corner@UTMKL ini telah mendapat penajaan penuh daripada pihak PPZ-MAIWP. Jumlah bahan bacaan yang telah diterima daripada pihak PPZ-MAIWP adalah sebanyak 37 judul dan 154 naskhah serta akan bertambah dari semasa ke semasa.

Sinergi bersama PPZ-MAIWP ini akan diteruskan dengan sesi Knowledge Sharing dan Book Sharing bersama panel jemputan. Cadangan program kerjasama tersebut diadakan adalah pada bulan Disember 2020.

Explore More