April 26, 2024

Search
Close this search box.

Audit Sistem Pengurusan Keselamatan Kesihatan Pekerjaan (OSHMS) UTMKL oleh JKKP WP Kuala Lumpur

KUALA LUMPUR – Universiti Teknologi Malaysia (UTM) Kuala Lumpur telah menerima kunjungan daripada Jabatan Keselamatan & Kesihatan Pekerjaan (JKKP) W.P. Kuala Lumpur bagi perlaksanaan Audit Sistem Pengurusan Keselamatan & Kesihatan Pekerjaan (OSHMS) UTM Kuala Lumpur pada 26 Ogos 2020 (Rabu).

Seramai dua orang pegawai JKKP yang terdiri daripada Ir Norlinda binti Nasidin dan Mohamad Amirul Nizam bin Mohamed Thari dari Seksyen Penguatkuasaan telah hadir bagi menjalankan audit tersebut.

Proses audit tersebut telah dimulakan dengan kata-kata aluan dari YBrs. Pro Naib Canselor UTMKL, Prof. Dr. Shamsul bin Sahibuddin bersama Ketua Pentadbiran UTMKL, En. Mohd Najib bin Masroom.

Ahli Jawatankuasa Keselamatan Kesihatan Pekerjaan (JKKP) Pusat Tanggungjawab (PTJ) dan staf Unit OSHE@UTMKL turut hadir dalam memastikan proses audit ini berjalan lancar.

Alhamdulillah, proses audit ini telah berjalan lancar dengan komitmen tinggi yang ditunjukkan oleh Pengurusan tertinggi UTMKL serta semua Ahli JKKP PTJ di UTMKL.

Penerangan berkenaan Sistem Pengurusan KKP di UTMKL telah diberikan oleh Unit OSHE@UTMKL yang diketuai oleh Dr. Mohamad Syazli Fathi. Selain dari penerangan dan semakan dokumen, lawatan ke tempat kerja juga dijalankan dalam sesi audit ini.

Pihak JKKP W.P. Kuala Lumpur secara umumnya telah berpuas hati dengan Sistem Pengurusan KKP di UTMKL. Beberapa cadangan penambahbaikan untuk memantapkan Sistem Pengurusan KKP di UTMKL juga diberikan.

Segala cadangan penambahbaikan yang dikemukakan adalah sangat positif dan selari dengan perancangan pengurusan UTMKL dalam usaha memastikan persekitaran UTMKL berada dalam keadaan selamat, sihat dan sejahtera.

Semoga Proses Audit ini menjadi titik tolak kepada kedua-dua belah pihak dalam menjalinkan kerjasama yang lebih erat dan proaktif terutamanya dalam mewujudkan budaya selamat di perkhidmatan awam serta sistem pengurusan KKP yang cekap dan efisyen.

 

Explore More