April 19, 2024

Search
Close this search box.

 

Permohonan Dana R&D MOSTI adalah dibuka kepada Perusahaaan Kecil dan Sederhana (PKS) dengan kerjasama Institusi Pengajian Tinggi (IPT) termasuklah universiti awam atau swasta serta institut penyelidikan kerajaan melalui pautan http://edana.mosti.gov.my

Dana R&D MOSTI ini adalah inisiatif kerajaan yang dibuka kepada perniaga dan penyelidik yang berminat mendapatkan dana untuk menjalankan projek bagi pembangunan ekonomi dan sumbangan kepada masyarakat setempat.

Projek yang dicadangkan mestilah berada pada tahap ‘Proof of Concept’ (POC), direkabentuk dengan baik, disahkan benar secara saintifik ,dan kompetitif dengan perkembangan teknologi dan penyelidikan semasa. Hasil akhir daripada projek ini perlulah dalam bentuk produk baru, proses atau sistem yang dapat memberikan nilai kepada pelanggan, perniagaan serta masyarakat setempat.

Pemohon daripada PKS perlulah mengemukakan permohonan dengan mendapatkan kerjasama daripada IPT untuk berpeluang mendapatkan dana sehingga RM 3 juta daripada pihak MOSTI. Permohanan tersebut juga perlulah disokong oleh komitmen PKS sebanyak 10 peratus daripada nilai keseluruhan projek.

Bidang keutamaan yang telah ditetapkan oleh MOSTI mestilah meliputi empat (4) bidang seperti berikut;

  1. Persekitaran Lestari & Biodiversiti / ‘Sustainable Environment & Biodiversity’
  2. Keselamatan Air & Makanan / ‘Water & Food Security’
  3. Penjagaan Kesihatan / ‘Healthcare’
  4. Pembuatan Termaju / ‘Advanced Manufacturing’

Maklumat lanjut termasuk syarat-syarat permohonan Dana R&D MOSTI (dimuat naik pada 23 Julai 2020) ini boleh dimuat turun di sini Garis Panduan Permohonan Dana R&D MOSTI

Sumber: Postal Rasmi MOSTI https://www.mosti.gov.my/web/dana-geran/dana-rnd/

 

 

Explore More