April 25, 2024

Search
Close this search box.

Penganjuran Majlis Bersama Jabatan UTM yang Aktif Bantu Hubungan Warga Kerja

Majlis Bersama Jabatan (MBJ) yang sering diadakan di Universiti Teknologi Malaysia (UTM) adalah berfungsi sebagai sebuah medium dua hala antara pihak pengurusan dan pihak pekerja dalam menyuarakan pendapat, pandangan serta menyumbang idea yang bernas demi kepentingan dan kebaikan organisasi.

Semua agensi Kerajaan yang mengendalikan secara langsung urusan pentadbiran, pengurusan sumber manusia dan hal ehwal kewangan dan mempunyai kuasa untuk menimbang dan membuat keputusan ke atas perkara-perkara tersebut adalah dikehendaki menubuhkan MBJ.

UTM adalah salah satu organisasi yang tidak terkecuali untuk menubuhkan MBJ dan terbaru telah diiktiraf aktif dalam penganjurannya oleh Jabatan Perkhimatan Awam (JPA) Malaysia untuk tahun 2019. Pengiktirafan ini adalah sebagai penghargaan kepada UTM yang berjaya memenuhi saranan wajib kerajaan yang ditetapkan untuk mengadakan MBJ sebanyak empat kali setahun.

Kebiasaannya MBJ ini akan sentiasa diadakan oleh pihak UTM setiap tahun iaitu tiga bulan sekali untuk membincangkan perkara berbangkit semasa antaranya seperti soal kebajikan staf, penyelarasan dan syarat kerja dan pembangunan organisasi. Namun, disebabkan pandemik Covid-19 yang melanda, pihak universiti telah mendapat kelonggaran untuk mengadakan majlis tersebut sebanyak tiga kali sahaja pada tahun ini.

Di UTM, MBJ diuruskan oleh Bahagian Pengurusan Organisasi (BPO) UTM dan diadakan di Bilik Mesyuarat Utama , Bangunan Canseleri Sultan Ibrahim. Majlis tersebut dihadiri oleh pihak pengurusan tertinggi univerisiti antaranya ialah Naib Canselor UTM, Prof. Datuk Ir. Dr. Wahid bin Omar selaku Pengerusi serta ahli-ahlinya iaitu Timbalan Naib Canselor (Pembangunan), Pendaftar, Bendahari, Ketua Pustakawan, dan Timbalan Pendaftar Bahagian Pengurusan Organisasi (BPO) selaku Pengerusi.

MBJ ini turut disertai oleh ketua atau presiden dari Kesatuan Kakitangan Am (KKA), Persatuan Kakitangan Akademik (PKA), Persatuan Kakitangan Bukan Akadamik (PERKABA), Persatuan Pegawai Tadbir dan Ikhtisas (PERTISAS), dan Badan Kebajikan Staf (BAKES)  bagi mewakili pihak pekerja selain pihak lain yang dijemput kerana berkaitan dengan agenda perbincangan semasa majlis.

Stakat ini, hasil perbincangan MBJ terbaru yang dapat dilihat adalah mengenai isu pencapaian pendidik yang bertugas dalam pentadbiran untuk meraih kenaikan pangkat telah berjaya diselesaikan di mana semasa Majlis Bersama Naib Canselor UTM baru-baru ini, terdapat beberapa pendidik telah diumumkan naik pangkat.

Antara faedah yang didapati secara umum daripada mesyuarat MBJ ialah dapat mewujudkan hubungan dan sikap yang positif antara pihak pengurusan dan pihak pekerja, kepuasan hati, peningkatan daya pengeluaran, peningkatan kualiti kerja, penjimatan kos, kemajuan pekerja, sikap hormat menghormati, penyelesaian masalah, kesetiaan kepada organisasi dan perpaduan.

 

Sijil Penghargaan yang diterima UTM membuktikan universiti ini aktif dalam menganjurkan Majlis Bersama Jabatan.

 

Explore More