April 26, 2024

Search
Close this search box.

Bicara Sejarah Kemerdekaan: Semarakkan Semangat Kemerdekaan di Kalangan Staf UTM

Sempena dengan sambutan kemerdekaan Malaysia yang ke 63 tahun pada tahun 2020 ini, sebuah program khas Bicara Sejarah Kemerdekaan anjuran bersama Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan (FSSH), Kluster Pembangunan Pelajar dan Bahagian Pembangunan Organisasi (BPO), Jabatan Pendaftar telah diadakan di Dewan Senat, Universiti Teknologi Malaysia (UTM) pada 17 Ogos 2020.

Program yang dikendalikan oleh Profesor Dr. Kasim bin Thukiman dari Sekolah Pembangunan Sumber Manusia dan Psikologi, FSSH, telah berlangsung dengan jayanya menerusi webinar di Facebook Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan dan juga secara bersemuka dengan kehadiran terhad di bawah SOP Kawalan Penjarakan Sosial Pademik Covid 19. Program ini bukan sahaja terbuka kepada semua warga UTM malahan terbuka kepada orang awam juga.

Di dalam bicara ini, menyusuri erti dan makna kemerdekaan, Prof. Dr. Kasim telah menyentuh pelbagai aspek bagi erti kemerdekaaan iaitu:

  1. Bebas dari penjajahan
  2. Bebas dari sembah makhluk (perspektif agama)
  3. Bebas memilih pemimpin
  4. Mengekalkan system kesultanan
  5. Mendaulatkan pelembagaan
  6. Mengubal dasar demi rakyat
  7. Mempertahankan kemerdekaan

Dibentangkan juga beberapa isu berkaitan maksud kenegaraan Malaysia dari segi sejarah, sistem politik, sosiologi dan hubungan antarabangsa. Penerapan nilai sejarah dalam dimensi kewarganegara dan peranan kita semua sebagai warganegara dalam menghayati kemerdekaan negara. Pengisian sesi ini juga lebih menarik dengan pembentangan cabaran penceramah mengenai slogan ‘Pendidikan Asas Peradaban’ yang seharusnya menjadi elemen penting kepada semua warga UTM yang bekerja secara langsung dalam dunia akademik bagi mendidik anak bangsa.

Adalah diharapkan program ‘informal’ sebegini akan menjadi satu program ilmiah yang berterusan di peringkat universiti termasuk semua Pusat Tanggungjawab Jabatan (PTJ) bagi sentiasa menyemarakkan semangat kemerdekaan di dalam jiwa warga UTM. Untuk rekod, program ini secara keseluruhannya telah disertai oleh 601 staf dan 255 pelajar.

Diakhir program, penceramah telah mendeklimasikan sajak daripada Naib Canselor UTM pertama, Tan Sri Aninuddin Wahid yang telah dibaca pada 3 Dis 1977 ketika Majlis Konvokesyen UTM yang sesuai untuk menjadi renungan bersama semua warga UTM seperti berikut:

‘Kita hendaklah belajar dari sejarah, agar kita diherdik semula oleh sejarah’– Ibnu Khaldun

Salam Merdeka ke 63 Tahun – ‘Mendidik dan Menginsan’

 

Artikel oleh:

Khairull Azmi Bin Ishak

Timbalan Pendaftar

Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan

 

Explore More