April 20, 2024

Search
Close this search box.

UTM Terima Lawatan Penanda Aras Ekosistem Data Raya daripada UiTM Kota Bahru

Sekolah Komputeran, Fakulti Kejuruteraan, Universiti Teknologi Malaysia (UTM) telah menerima kunjungan delegasi daripada Universiti Teknologi MARA (UiTM) Cawangan Kota Bharu, Kelantan pada 16 Julai 2020 yang lalu untuk Lawatan Penanda Aras Ekosistem Data Raya (Benchmarking Big Data Ecosystem).

Delegasi ini terdiri daripada enam pensyarah dari Fakulti Sains Komputer dan Matematik UiTM yang diketuai oleh Timbalan Rektor Penyelidikan iaitu Dr. Syerina Azlin binti Md Nasir.

Di UTM, delegasi ini diraikan oleh pengurusan fakulti yang ketuai oleh Naib Pengerusi (Penyelidikan & Staf Akademik) iaitu Prof. Madya Dr. Nor Azman bin Ismail serta turut dihadiri oleh Naib Pengerusi (Fasiliti), Pengarah Data Raya UTM, Pengarah (Komputeran Gunaan) dan beberapa orang pensyarah Program Komputeran Gunaan.

Delegasi ini pada dasarnya berhasrat untuk melihat dengan lebih mendalam bagaimana penggunaan Makmal Data Analitik, Sekolah Komputeran yang diiktiraf antara makmal data analitik yang terbaik
di kalangan universiti di Malaysia.

Delegasi ini telah dibawa melawat ke Makmal CyberThreat Intelligence (CTiL Lab) dan Makmal Data Analitik bagi melihat sendiri penggunaan makmal tersebut dari segi pengajaran dan penyelidikan.

Secara keseluruhannya, lawatan ini telah dapat memberikan pendedahan dan pengetahuan berhubung Ekosistem Data Raya kepada kedua-dua universiti.

Explore More