April 26, 2024

Search
Close this search box.

UTM Menyediakan Peruntukan yang Tinggi untuk Pembangunan Staf

Sebagai sebuah institut pengajian tinggi Malaysia yang menghasilkan banyak graduan yang berjaya, Universiti Teknologi Malaysia (UTM) kekal menjaga sumber asas kualitinya dengan memastikan usaha pembangunan staf atau penggerak utama fungsi institusi tersebut terlaksana dengan jayanya.

Berikutan dengan usaha itu, UTM telah membuat peruntukan yang tinggi untuk pembangunan staf sepanjang tahun 2019 sehingga tahun 2020 iaitu sebanyak RM 6,854,000.

Pembangunan staf di UTM ini secara keseluruhannya terbahagi kepada beberapa kategori pembangunan yang berbeza. Justeru itu, peruntukan yang diterima akan dibahagikan mengikut keperluan perbelanjaan semasa masing-masing.

Pembangunan Bakat Staf Pengurusan Profesional dan Pelaksana (PPP) dan Pembangunan Staf Akademik yang rata-rata terlibat dengan perbelanjaan kursus serta cuti belajar staf, telah menerima peruntukan sebanyak RM 1,860,000 dan RM 4,100,000.

Manakala Pembangunan Sukan untuk Staf yang merangkumi Sukan Staf antara Universiti Malaysia (SUKUM), UTM Staff Games (USG), dan Program Gaya Hidup Sihat telah mendapat peruntukan sebanyak RM 365,000.

Akhir sekali, Skim Pengecualian Bayaran Yuran Pengajian di UTM untuk staf juga telah menerima peruntukan sebanyak RM 529,000. Untuk pengetahuan umum, pengecualian yuran ini turut digunapakai untuk pasangan dan anak staf tertakluk kepada syarat yang ditetapkan.

Peruntukan yang diberikan untuk menyokong usaha pembangunan staf ini bukan sekadar dilihat sebagai sebuah usaha yang mengutamakan kualiti sebuah institusi, malah ia dengan secara terperincinya membantu staf dalam mempertingkatkan kemampuan diri di dalam pelbagai segi.

Explore More