April 25, 2024

Search
Close this search box.

Sebuah majlis perasmian ruang ‘New Books Display’ tajaan Persatuan Alumni UTM telah diadakan di Perpustakaan Universiti Teknologi Malaysia (UTM) Kuala Lumpur pada 15 Julai 2020.

Majlis perasmian tersebut mula berlangsung pada jam 4 petang di Aras 2 Perpustakaan UTM KL dan dihadiri oleh barisan tetamu kehormat iaitu YBhg. Tan Sri (Dr) Ir. Jamilus bin Hussien (Presiden Persatuan Alumni UTM), Prof. Dr. Shamsul bin Sahibuddin (Pro Naib Canselor UTM Kuala Lumpur), Tn. Hj Mohd Najib bin Masroom (Ketua Pentadbiran UTM Kuala Lumpur) dan PM. Ts. Dr. Mohd Hisyam bin Rasidi (Pengarah UTM Alumni). Selaku Ketua Perpustakawan Perpustakaan UTM, Puan Noraziah binti Sharuddin turut hadir dan memberi ucapan aluan semasa majlis.

Serentak dengan perasmian ini, kempen ‘Book Endowment : 1 Alumni, 1 Book’ juga turut dilancarkan. Bagi menyokong inisiatif kempen ini, wakil alumni Cik Syakirah binti Ismail telah sudi untuk menyumbang 12 buah buku kepada perpustakaan. Gimik sebagai simbolik pelancaran, beliau telah menyerahkan sebuah buku kepada  Prof. Dr. Shamsul bin Sahibuddin untuk diletakkan di ruang New Books Display yang akan dilancarkan.

Upacara kemuncak iaitu sesi perasmian ruang New Books Display di Perpustakaan UTM Kuala Lumpur telah dijayakan dengan menjemput Presiden Persatuan Alumni UTM, YBhg. Tan Sri (Dr) Ir. Jamilus bin Hussien untuk menandatangani plak dan seterusnya merasmikannya.

Semoga sumbangan bahan dan tajaan ruang dari Persatuan Alumni UTM ini memberi manfaat yang berpanjangan kepada generasi yang akan datang.

Explore More