April 27, 2024

Search
Close this search box.

Program Jelajah Kasih anjuran Pejabat Hal Ehwal Pelajar (HEP), Universiti Teknologi Malaysia Kuala Lumpur (UTM KL) diteruskan lagi kali ini pada 29 Julai 2020 bagi terus menyantuni pelajar-pelajar yang masih tidak dapat pulang ke kampus akibat dari Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKKP) buat masa ini. Pejabat HEP UTM KL kali ini di wakili oleh Pegawai Belia dan Sukan Encik Nabil Hazwan bin Hasim dari Pusat Kecemerlangan Sukan untuk menyempurnakan misi Program Jelajah Kasih iaitu sentiasa perihatin tehadap kesejahteraan dan kebajikan pelajar disamping terus merapatkan hubungan HEP UTM KL dengan pelajar.

 

Pada kali ini Pejabat HEP UTM KL berjaya menyerahkan sumbangan bantuan kepada dua (2) orang pelajar yang memerlukan bantuan bagi meneruskan kelangsungan hidup yang mencabar di Kuala Lumpur. Pelajar yang dipilih adalah dari kalangan B40 iaitu pendapatan keluarga kurang dari RM 4000.00 dan kriteria lain sebagai contoh pelajar yang kehilangan bapa dalam meneruskan pelajaran di UTM KL.

Pejabat HEP UTM KL menyerahkan bantuan berupa sumbangan kewangan daripada dermawan yang menyumbang dan bantuan makanan kering seperti beras, makanan dalam tin, tepung, dan barangan penjagaan diri yang diterima pelajar, dan sumbangan kepada keluarga pula adalah daripada Yayasan Food Bank Malaysia. Terima Kasih yang tak terhingga dari kami Pejabat HEP UTM KL kepada semua penyumbang.

Makanan kering dari foodbank UTMKL

Kunjungan Program Jelajah Kasih seumpama ini dapat memberi impak kepada staf Pejabat HEP UTM KL, kerana ianya dapat menyelami permasalahan pelajar secara langsung disamping mendengar keluh kesah pelajar dalam menuntut ilmu dimasa yang sangat mencabar ini. Pada masa yang sama staf Pejabat HEP UTM KL dapat beramah mesra dengan keluarga pelajar bagi menyampaikan maklumat semasa berkaitan pembelajaran anak mereka.

Pusat Kebajikan Pelajar Pejabat HEP UTM KL akan terus mengambil inisiatif dalam mengumpul maklumat pelajar yang layak untuk menerima bantuan tersebut melalui hebahan poster digital di dalam laman media sosial HEP UTM KL. Semoga hubungan yang terbina sejak berdekad lamanya antara pejabat HEP UTM KL dan pelajar akan terus utuh dengan pelaksanan Program Jelajah Kasih ini tidak kira dimana mereka berada.

sumber rasmi dari

Hazly bin Ja’apar

Unit Kebajikan Pelajar

Pejabat Hal Ehwal Pelajar

UTM Kuala Lumpur

 

 

 

 

Explore More