Pada 23 Julai 2020, Yang Amat Mulia Paduka Puteri Tunku Hajah Mariam Zaharah binti Almarhum Sultan Iskandar telah berkenan berangkat ke Malaysia-Japan International Institute of Technology (MJIIT), Universiti Teknologi Malaysia (UTM) Kuala Lumpur sempena majlis pengurniaan sumbangan buah kurma kepada warga MJIIT.

Sumbangan buah kurma Almadinah daripada Khalifa Bin Zayed Al Nahyan Foundation, Abu Dhabi, Emiriah Arab Bersatu (UAE) adalah khas untuk warga MJIIT dan disampaikan oleh Y.A.M. Tunku Mariam Zaharah Sultan Iskandar  kepada Dekan MJIIT, Prof. Dr. Ali Selamat dan Pro-Naib Canselor UTM Kuala Lumpur, Prof. Dr. Shamsul bin Sahibuddin.

Sesi pengurniaan sumbangan buah kurma di Japanese Language and Culture Center (JLCC), MJIIT

Sejurus tamatnya majlis pengurniaan buah kurma kepada warga MJIIT, Y.A.M. Tunku Mariam Zaharah Sultan Iskandar turut berangkat ke jemputan majlis santapan di InterContinental Hotel Kuala Lumpur. Pada majlis tersebut, Y.A.M. Tunku Mariam Zaharah Sultan Iskandar turut menerima buah tangan ikhlas dari MJIIT.

MJIIT menjunjung kasih mengadap Y.A.M. Tunku Mariam Zaharah Sultan Iskandar yang telah berkenan menyumbangkan buah kurma kepada semua warga MJIIT.