April 20, 2024

Search
Close this search box.

CLOUD10 Subur Budaya Memberi Staf dan Alumni UTM

Universiti Teknologi Malaysia (UTM) sekali lagi memastikan insiatif UTM Prihatin demi membantu pelajar-pelajar adalah amat penting selain peranan utama sebagai institusi pendidikan.

Inisiatif ini dizahirkan dengan Kempen Cloud10 UTMAlumni, iaitu Kempen Sumbangan Alumni RM10.00.

Timbalan Pengarah UTMAlumni, Dr Dayana Farzeeha Binti Ali berkata, melalui kempen ini, staf boleh membuat potongan gaji serendah RM10 serta boleh juga membuat sumbangan terus melalaui pindahan tunai ke akaun UTMAlumni.

Manakala bagi alumni UTM atau orang awam, boleh menyumbangkan terus melalaui pindahan tunai ke akaun UTMAlumni.

“Sejak diperkenalkan pada penghujung tahun 2019, sehingga Jun 2020, Kempen Cloud10 ini telah berjaya mengumpulkan RM21,464.09.

Sumbangan adalah datang dari pelbagai sumber seperti potongan gaji staf serta pemindahan terus wang tunai dari orang luar. Terbaharu, bekas penerima Biasiswa Tabung Endowmen yang kini alumni juga berminat untuk membuat sumbangan melalui potongan gaji.

Amaun ini amat memberangsangkan dan membuktikan bahawa budaya memberi dalam kalangan staf dan alumni UTM adalah amat subur,”kata beliau.

Menurut beliau, hasil sumbangan tersebut adalah digunakan untuk membantu pelajar UTM yang memerlukan bantuan kewangan. Baru-baru ini, sebanyak lebih kurang RM 8000 telah disumbangkan kepada program bantuan makanan COVID-19 kepada pelajar B40 dan selebihnya akan disalurkan kepada program-program yang akan dirancang pada masa hadapan.

Antara manfaat lain kempen ini adalah:

  • Projek “KONGSI REZEKI” untuk pelajar (makanan, alat tulis dan barangan keperluan peribadi).
  • Bantuan Sejahtera (untuk pelajar dan alumni).
  • Bantuan kewangan bagi keperluan akademik (peralatan pembelajaran, buku).
  • Bantuan kewangan bagi aktiviti kebajikan pelajar (makanan, musibah).
  • Lain-lain keperluan.

Dr Dayana Farzeeha turut menyeru agar lebih ramai lagi menyumbang kepada tabung ini.

Semoga dengan RM10 ini, ia dapat membantu meringankan beban pelajar dan mereka mampu berjaya dan cemerlang sepanjang pengajian di UTM,” kata beliau.

Individu yang berminat boleh membuat smbangan melalui:

Pindahan Tunai/Auto Debit/ Standing Instruction:

  • Nama Akaun: Universiti Teknologi Malaysia UTMAlumni
    Nama bank: Maybank
    No Akaun: 551306-532256

JOMPAY

  • Biller Code:84699-UTMAlumni
    Ref 1: Cloud10
    Ref 2: No Telefon / email

UTMSmart

  • Hanya klik ‘Donate Now’ di Kempen Cloud10 didalam UTMSmart.

Borang Pemotongan Gaji Bulanan

  • Staf juga boleh mengisi Borang Pemotongan Gaji yang diberi atau mengisi link google form yang diberi. Bagi borang pemotongan gaji, staf perlu mengisi maklumat dan borang yang telah lengkap diisi perlu dikembalikan kepada UTMAlumni secara softcopy atau hardcopy di pejabat Unit UTMAlumni atau melalui alumni@utm.my

Link Google Form :

https://docs.google.com/forms/d/e/1FAIpQLSehMVyyOrxTwYHhnu18YKY6Z9-K9hIKsL4awHef36dQmuLynw/viewform?usp=pp_url

Explore More