November 26, 2024

Search
Close this search box.

Program Minggu Kesedaran Kebersihan COVID-19 Oleh Pelajar UHAK

Pelajar Atribut Kejayaan Graduan (UHAK 1021), Universiti Teknologi Malaysia (UTM) Seksyen 16 diketuai oleh penasihat program iaitu Puan Marlina Binti Ali dan pengarah program Azeem Aqif Bin Mohd Pidaus telah menjalankan Program Minggu Kesedaran Kebersihan (MKK) COVID-19 pada 10-14 Mei 2020 dengan temanya KITA BERSIH, KITA SELAMAT.

Program ini bertujuan untuk memupuk kesedaran dalam kalangan para mahasiswa untuk menjaga kebersihan diri bagi mengelakkan penyakit yang berbahaya.

COVID-19 merupakan singkatan bagi  Corona Virus 2019 Penyakit ini berasal dari Wuhan, China. Penyakit ini mula merebak dan memberi kesan kepada penduduk Malaysia sekitar bulan Mac 2020. Kementerian Kesihatan Malaysia melaporkan, pesakit yang positif dikesan dalam kalangan mereka yang menyertai perhimpunan tabligh di Masjid Jamek Seri Petaling dan juga mempunyai sejarah perjalanan luar negara.

Berikutan dari pandemic COVID-19 yang menular dengan pantas, kerajaan Malaysia telah menjalankan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) bermula pada 18 Mac 2020.

Maklumat yang salah dan kekurangan maklumat semasa pandemik ini dapat menyebarkan paranoia, ketakutan, dan stigma dalam kalangan pelajar.

Justeru, pelajar UHAK 1012 di bawah penasihatan pensyarahnya Puan Marlina mengambil inisiatif untuk menjalankan program minggu kesedaran kebersihan COVID-19 untuk meningkatkan kesedaran kepada para mahasiswa UTM terhadap COVID-19.

Satu kumpulan whatsapp khas diwujudkan sementara untuk menyalurkan informasi mengenai COVID-19 dan pelajar yang berminat boleh menyertainya.

Antara aktiviti yang disediakan kepada pelajar adalah seperti perkongsian maklumat berkaitan COVID-19 dari youtube dan poster. Para peserta perlu menjawab soalan kuiz berdasarkan maklumat yang dilihat dalam youtube dan poster yang dikongsikan.

Program ini telah berjaya menarik lebih kurang 60 orang mahasiswa di UTM. Perkongsian dibuat selama 4 hari berturut-turut dan setiap hari pada pukul 10 malam, satu kuiz akan diberikan kepada mahasiswa untuk dijawab berdasarkan perkongsian yang dibuat.

Penggunaan video dan juga kuiz secara atas talian telah membuatkan para pelajar berasa teruja dengan program yang dianjurkan.  Pelajar juga menyatakan mereka telah dapat menambah ilmu pengetahuan tentang kebersihan diri dan cara-cara mengatasi masalah jangkitan COVID-19.

Terima kasih kepada mahasiswa yang telah memberikan kerjasama dan sokongan dalam menjayakan program ini. Selain meningkakan kesedaran kebersihan, program ini membantu menyokong negara untuk mencapai Matlamat Pembangunan Lestari (SDG) Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) dalam memastikan kehidupan sihat dan kesihatan terjaga pada setiap peringkat umur.

Explore More