Pelajar Atribut Kejayaan Graduan (UHAK), Universiti Teknologi Malaysia (UTM) diketuai oleh pengarah projek, Ayu Nur Athirah Binti Mohd Jamri telah menjalankan pengumpulan dana “Feeding The Needy” bagi membantu penduduk Simpang Renggam yang terjejas akibat Covid-19.

Projek ini dijalankan bertujuan untuk meringankan beban kewangan penduduk Simpang Renggam dan menyokong negara untuk mencapai Matlamat Pembangunan Lestari (SDG), Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) bagi menghapuskan kelaparan global atau zero hunger (SDG 2) menjelang 2030.

Dalam program ini, pelajar terlibat berkolaborasi dengan Pertubuhan Kebajikan Aspirasi Peduli Rakyat Marhaen Malaysia.

Poster Program Feeding The Needy Simpang Renggam

 Poster Program Feeding The Needy Simpang Renggam

Sebagaimana yang kita sedia maklum, sebahagian penduduk Simpang Renggam telah diletakkan dalam zon merah sewaktu Perintah Kawalan Pergerakan fasa pertama iaitu kawasan yang terjejas seperti di Kampung Dato’ Ibrahim Majid dan Bandar Baharu Dato’ Ibrahim Majid di Simpang Renggam.

Kesan dari Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) menyebabkan sebahagian penduduk di Simpang Renggam kehilangan pekerjaan dan seterusnya menjejaskan pendapatan mereka. Justeru, pelajar UTM dibawah penasihatan Pn Marlina Ali sebagai pensyarah kursus UHAK 1012 mengambil inisiatif untuk membantu golongan yang kurang bernasib baik di Simpang Renggam dengan mengutip dana.

Sebanyak RM 3,576 yang telah berjaya dikumpulkan dari sumbangan orang ramai dan sumbangan daripada Pusat Islam UTM . Pengumpulan dana telah berlangsung dari 13 Mei sehingga 19 Mei  melalui medium media sosial seperti Whatsapps, Facebook dan juga Instagram. Sambutan yang diterima sangat baik dan dalam masa yang singkat pelajar telah berjaya mengumpulkan sumbangan yang dikehendaki.

Pertubuhan Kebajikan Aspirasi Peduli Rakyat Marhaen

 Pertubuhan Kebajikan Aspirasi Peduli Rakyat Marhaen

Wang yang terkumpul diserahkan secara pemindahan wang atas talian kepada nombor akaun Pertubuhan Kebajikan Aspirasi Peduli Rakyat Marhaen iaitu ‘551191115917’. Para pelajar tidak dapat turut serta mengedarkan sumbangan kerana patuh kepada PKP.

Sumbangan yang diberikan

Sumbangan yang diberikan

Pada 21 Mei 2020 iaitu 5 hari sebelum hari raya aidilfitri, wakil dari Pertubuhan Kebajikan Aspirasi Peduli Rakyat Marhaen Malaysia telah turun untuk memberikan bantuan kepada penduduk Simpang Renggam yang terjejas akibat COVID-19. Berikut merupakan gambar-gambar sewaktu sumbangan disampaikan kepada penduduk.

Wakil yang menyampaikan bantuan

Wakil yang menyampaikan bantuan

Wakil yang menyampaikan bantuan terhadap penduduk yang terjejas

Wakil yang menyampaikan bantuan terhadap penduduk yang terjejas

 

Pihak urus setia mengucapkan terima kasih kepada semua penderma yang telah memberikan sumbangan bagi menjayakan projek Feeding the Needy ini.

Melalui program ini pelajar dapat menyemai sikap mengambil berat, keperikemanusiaan terhadap golongan yang memerlukan serta dapat menerapkan kesedaran tentang betapa pentingnya tanggungjawab sosial terhadap masyarakat dalam kalangan mahasiswa.

Ia juga dapat membantu meningkatkan kemahiran abad ke 21 pelajar seperti seperti kemahiran komunikasi, kemahiran bekerjasama, kemahiran berfikir, kepimpinan dan kemahiran warga global seperti sikap prihatin dan beretika dalam hubungan dengan masyarakat seperti yang disasarkan oleh Universiti bak kata pepatah “berat sama dipikul,ringan sama dijinjing”.