April 24, 2024

Search
Close this search box.

JOHOR BAHRU, 4 Mei — Universiti Teknologi Malaysia (UTM) telah menghantar seramai 270 orang pelajarnya ke Zon Tengah iaitu negeri Selangor, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Putrajaya bagi fasa kedua Penghantaran Pulang Pelajar IPT Zon Selatan di Dataran UTM, semalam.

Turut dihantar bersama ialah 105 orang pelajar dari IPT lain di sekitar bandar Johor Bahru seperti Politeknik Ibrahim Sultan, Kolej Universiti Selatan, Monash University dan lain-lain.

Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar), Profesor Dr. Durrishah Binti Idrus berkata, pergerakan fasa kedua ini melibatkan Zon Tengah dan akan diikuti dengan fasa berikutnya bagi zon lain.

Prof Durrishah (tengah) berbincang sesuatu dengan pasukan PDRM sambil diperhatikan oleh Pendaftar UTM, Encik Abdul Razib bin Haji Shahuddin (berbaju merah). 

Menurut beliau, sebelum bertolak pulang pelajar telah menjalani saringan kesihatan bagi memastikan mereka berada dalam keadaan yang baik dan sihat serta bebas daripada jangkitan wabak Covid-19. “Kesemua pelajar dihantar menggunakan 29 buah yang telah selesai menjalani proses nyahcemar oleh Jabatan BOMBA dan Penyelamat, selain sanitasi beg dan bagasi pelajar mengikut Prosedur Operasi Standard (SOP) yang telah ditetapkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).

Proses nyahcemar bas oleh Jabatan Bomba

“Selaku Ketua Zon Selatan, saya ingin mengucapkan setinggi-tinggi terima kasih kepada semua yang bertugas untuk memastikan pelajar-pelajar ini pulang dengan selamat ke pangkuan keluarga masing-masing.

Kepada semua pelajar,stay safe, stay healthy, stay upbeat for life!” tambah beliau.

Prof Durrishah bersama pelajar yang bakal memulakan perjalanan pulang

Terdahulu, seramai 177 pelajar yang berasal dari Zon Selatan telah selamat berada di pangkuan keluarga masing-masing.

Explore More