April 27, 2024

Search
Close this search box.

Merujuk kepada posting di media sosial berkenaan seorang pelajar UTM, yang balik ke kampung. Memang benar beliau sedang mengikuti program Ph.D di Sekolah Kejuruteraan Awam.

Beliau telah mendapat biasiswa dana penyelidikan (meliputi yuran dan sara hidup) dan telah diberi peluang bekerja sambil belajar sebagai pembantu penyelidik pelajar (SLPP RA) sebaik tempoh biasiswa tamat.

Pelajar juga pernah dibenarkan menangguhkan pengajian selama dua semester atas sebab kesihatan.

UTM telah menghubungi pelajar bagi mendapatkan maklumat lanjut agar bantuan tambahan dapat diberikan, berdasarkan kelayakan.

UTM sangat prihatin kepada semua aspek kebajikan pelajar dan juga amat menghargai keprihatinan semua pihak terhadap pelajar.

UTM juga ingin memohon jasabaik agar semua pihak tidak menyebarkan berita yang tidak sahih, tanpa mengetahui perkara sebenar bagi menjaga kesejahteraan bersama.

Pejabat Hal Ehwal Korporat
Universiti Teknologi Malaysia
Johor Bahru, Johor
2 Mei 2020

Sila ikuti juga maklumat berikut:

https://www.facebook.com/saifulyazan.sulaiman/posts/3830163250358591

Explore More