November 22, 2024

Search
Close this search box.

Pengurusan Sekuriti dan Keselamatan Sukan Semasa Perintah Kawalan Pergerakan (PKP)

Artikel kali ini, penulis ingin membincangkan tentang Pengurusan Sekuriti dan Keselamatan Sukan (Security and Safety Management). Ramai dalam kalangan ahli sukan pasti tertanya – tanya apa kaitan perkara ini dengan bidang sukan.

Bidang Security and Safety Management ini telah lama diaplikasi dalam dunia pekerjaan kita. Cuma, penggunaannya masih belum meluas dan sepenuhnya dalam bidang sukan.

Di luar negara Sports Security and Safety Management telah lama dikuatkuasakan ekoran tragedi – tragedi yang berlaku, antaranya keselamatan penyokong semasa menonton perlawanan di stadium, keselamatan pemain dan pengadil semasa pertandingan, keselamatan harta benda dan aset fasiliti sukan dan lain-lain lagi.

Pengurusan Sekuriti dan Keselamatan Sukan diberi kepercayaan khas kepada syarikat yang mempunyai kepakaran dalam perkara tersebut. Ia berbeza di Malaysia di mana negara ini mendapat bantuan daripada PDRM, POLIS TRAFIK, FRU, RELA dan lain-lain lagi semasa kejohanan atau pertandingan berlangsung.

Gambarajah 1: Perbezaan Security and Safety

Apakah perbezaan Security and Safety? Pasti terdapat perbezaan antara keduanya, jika dilihat terdapat banyak perbezaan yang ada akan tetapi penulis ingin memilih 3 sahaja dalam artikel ini.

Sebelum penulis pergi jauh, penulis ingin menerangkan tentang definisi keselamatan, iaitu keselamatan adalah merupakan tentang perihal selamat, kesejahteraan atau keamanan.

Keselamatan juga bermaksud keadaan terlindung daripada masalah fizikal, sosial, kewangan, politik, perasaan, pekerjaan, psikologi, pelajaran dan perkara-perkara lain yang melibatkan kerosakan atau kejadian yang tidak diingini. Ini juga termasuk dalam konteks terlindung daripada sesuatu malapetaka atau kejadian yang berkaitan dengan kesihatan dan ekonomi. Keselamatan juga boleh dikawal melalui jaminan atau insurans.

Jika dilihat melalui gambarajah 1, Security adalah melibatkan salah laku jenayah di bawah enakmen undang-undang jenayah kanun keseksaan manakala Safety pula termaktub di bawah akta keselamatan dan kesihatan pekerjaan 1994. Apabila terdapat kes yang berlaku, ia akan dirujuk khas kepada undang undang tersebut.

Security adalah lebih sukar dan subjektif dalam mengenalpasti risiko bahaya berbanding Safety. Safety mempunyai borang Hazard Identification Risk Assessment and Risk Control (HIRARC) dan digunakan dalam mengenalpasti risiko bahaya di pejabat, makmal, bangunan atau sebagainya. Oleh itu, Security adalah selalu melibatkan kehilangan harta benda dan keselamatan informasi manakala Safety pula adalah melibatkan kecederaan, kematian, keselamatan makmal, pejabat dan lain lain.

Sudah pasti kedua – duanya mempunyai kaitan dalam bidang sukan. Sukan memerlukan Security and Safety. Melalui sudut Security pula, jaminan terhadap risiko pemain, penonton, pengadil dan pengurusan sukan itu penting.

Sebagai contoh perlawanan bolasepak antara Malaysia dan Indonesia yang memerlukan pasukan Malaysia menaiki kenderaan khas iaitu Barracuda ke Stadium Bung Karno, Indonesia seperti gambarajah 2.

Runtuhan Stadium Negeri Terengganu juga adalah merupakan contoh terbaik dari sudut Safety bagaimana runtuhan aset bangunan yang menyebabkan kerugian berjuta-juta ringgit seperti gambarajah 3. Ia boleh menyebabkan musibah besar sekiranya pengurusan Security dan Safety diabaikan.

Gambarajah 2: Pasukan Harimau Malaya menaiki Barracuda ke Stadium Bung Karno untuk menghadapi perlawanan Malaysia dan Indonesia.

 

Gambarajah 3: Keratan Akhbar Runtuhan Stadium Terengganu yang menyebabkan kerugian RM292 juta.

Security terbahagi kepada tiga iaitu Security aktif, Security pasif dan Security Operasi. Security aktif adalah seperti fungsi pengawal keselamatan dan alatan elektronik keselamatan. Manakala Security pasif adalah melibatkan mitigasi asas seperti Pagar, Pintu dan sebagainya. Mitigasi asas adalah sangat penting bagi mengurangkan risiko bencana dan tahap keterukan dalam sesuatu kes Security and Safety. Seterusnya Security operasi yang melibatkan standart of operation (SOP), standart of guidelines (SOG), working instruction (WI) dan lain lain. Security aktif terbahagi kepada tiga iaitu Fizikal Security, Office Security dan Information Security (OFSEC). Setiap jenis security aktif ini memainkan peranan penting dalam bidang sukan.

Ia boleh dilihat seperti gambarajah 4, bagaimana tahap keselamatan pagar di setiap fasiliti sukan yang ada. Ramai penyokong cenderung untuk memanjat masuk bagi mengelakkan membayar tiket pertandingan.

Walaubagaimanapun, safety adalah perkara paling utama sekiranya yang memanjat pagar terjatuh ke bawah, ia boleh mengakibatkan kecederaan dan kemalangan maut.

Manakala gambarajah 5, pula menunjukkan risiko jenayah yang akan berlaku, ia sangat selari dengan aktiviti sukan kerana sukan adalah merupakan aktuviti tumpuan orang ramai dan melibatkan kesesakan manusia untuk menonton pertandingan sukan. Itu adalah melibatkan kejohanan sukan yang professional, belum lagi yang melibatkan pertandingan – pertandingan dan kejohanan sukan kecil.

Kerapkali pemain yang meletakkan beg atau barang-barang sukan di tempat latihan akan mengalami kehilangan barang seperti wang, alatan sukan yang berjenama dan lain-lain.

Perkara ini berlaku kerana 3 sebab utama iaitu keperluan, justifikasi dan peluang seperti gambarajah 6. Kecuaian terhadap 3 sebab utama ini akan memudahkan kehilangan harta benda akibat kecurian yang berlaku. Jadi keperluan dalam membiasakan perkara yang betul adalah sangat penting.

Seperti pemegang kunci utama sesuatu barang berharga yang terletak dalam laci, loker, bilik, makmal dan pejabat. Kunci pendua tidak boleh diberikan dan digunakan sesuka hati oleh mana mana pihak. Ia perlu dipertanggungjawabkan dalam memastikan keselamatan harta benda terjamin. Sudah pasti makmal yang melibatkan alatan sukan seperti makmal kekuatan dan suaian fizikal dan makmal analisis prestasi sukan boleh menyebabkan kerugian aset yang besar kerana melibatkan harga aset dan alatan yang mahal.

GAMBARAJAH 4: Tahap keselamatan di tempat kerja

 

GAMBARAJAH 5: Risiko Jenayah

 

GAMBARAJAH 6: Internal Theft / Employee Theft

Seterusnya penyelidik ingin membincangkan tentang security aktif yang melibatkan office security dan information security. Maklumat pasukan adalah sangat penting dalam bidang sukan. Kebocoran maklumat boleh menyebabkan kerugian berjuta ringgit kepada sesuatu pasukan. Pengurusan Information Security perlu cekap dalam menangani ketirisan maklumat atau melindungi maklumat sedia ada. Sudah tiba masanya setiap pengurusan sukan melantik juruteknik komputer yang mahir dalam mentadbir information security.

Sebagai contoh yang paling baik adalah pasukan Johor Darul Takzim (JDT FC) semasa pembukaan stadium baru iaitu Stadium Sultan Ibrahim yang merupakan stadium pertama yang khas untuk pertandingan bola sepak sahaja di Iskandar Putri, Johor.

Jurugambar atau wartawan tidak dibenarkan mengambil gambar atau siarkan maklumat tanpa kebenaran. Ini menunjukan tahap professionalisme pengurusan JDT FC yang sangat utamakan maklumat sulit pengurusan sukan JDT FC. Jika dilihat di setiap sudut fasiliti stadium mempunyai CCTV yang serba lengkap dan canggih dan juga static security, ia adalah merupakan salah satu komponen penting dalam office security.

Selain itu, kepentingan informasi sukan adalah memastikan strategi dan taktikal pasukan dapat dilindungi. Keputusan memilih pemain yang akan bermain terutama dalam perlawanan penting adalah suatu risiko yang tinggi. Adakala nya pemain utama mengalami kecederaan, akan tetapi amat diperlukan dalam pasukan untuk memastikan kemenangan. Adakah jurulatih atau pihak pengurusan sukan sanggup mengantikan pemain utama dengan pemain muda.

Semua itu adalah maklumat strategik pasukan yang perlu dilindungi. Sekiranya tidak dilindungi ia boleh dijadikan panduan oleh pihak lawan dalam mengenalpasti kelemahan pasukan yang bertanding. Justeru itu, adalah sangat penting bidang sukan memahami tentang information security. Kesilapan kecil kepada kebocoran maklumat boleh menyebabkan pasukan kalah dan mengalami kerugian yang besar. Penyokong juga hadir ke stadium kerana ingin menonton pemain yang diminati mereka. Ketiadaan pemain kegemaran mungkin menyebabkan mereka tidak datang hadir ke stadium.

Penyelidik juga ingin memberi contoh bagaimana pasukan Perak FA melaksanakan strategi sukan dengan menghasilkan satu video sulit di mana isi kandungan video tersebut adalah melibatkan temuramah ibu bapa kepada pemain yang akan bertarung dalam aksi perlawanan akhir bolasepak. Video tersebut diambil secara rahsia tanpa pengetahuan kesemua pemain. Video tersebut kemudian dipaparkan sebelum bermula perlawanan akhir bola sepak.

Maklumat seperti itu menjadi sumber inspirasi dan mendorong motivasi kepada skuad Perak FA sekaligus memenangi perlawanan akhir tersebut. Ia membakar semangat setiap pemain untuk berjuang hingga ke titisan darah terakhir demi keluarga tercinta. Ini jelas kepentingan information security iaitu maklumat tentang pasukan. Sekiranya maklumat seperti ini tidak dijaga dengan baik ia boleh menjejaskan perlawanan sukan dan rahsia pasukan.

Oleh itu, peranan pengurusan sekuriti dan keselamatan dalam sukan sangat penting dan setiap pasukan perlu mengambil tahu tentang perkara ini dalam memastikan kejayaan sesebuah pasukan.

Tuntasnya, pada era 2020 ini pasti pendekatan yang moden adalah perkara yang memainkan peranan penting dalam sukan. Atlet yang sentiasa dihargai dan dihormati oleh pihak pengurusan sukan pasti akan memberi jiwa dan bermain sepenuh hati dalam memastikan kejayaan pasukan. Jelas di sini pengurusan Sekuriti dan Keselamatan juga secara tidak langsung memainkan peranan utama dalam mengurangkan risiko bencana. Sebagai contoh adalah wabak covid-19 yang memerlukan sports distancing dan pemakaian mask semasa bersukan. Adakah ia sesuai dilakukan dalam sukan dan juga selamat dilaksanakan tanpa pengawasan pihak berkuasa.

Pasti akan menimbulkan masalah pada suatu hari nanti jika aktiviti sukan ini tidak dipantau awal kerana nature sukan itu sendiri adalah melibatkan aktiviti briefing, latihan sukan dan post mortem sebelum dan selepas perlawanan, malahan melibatkan jumlah pemain yang ramai.

Semoga artikel sukan kali ini dapat membentuk atlet menjadi lebih cemerlang dan terbilang.

Akhir kata, Majulah Sukan Untuk Negara dan Kerana Tuhan Untuk Manusia.

GAMBARAJAH 7: Kompenen Informasi Security

 

GAMBARAJAH 8: Ofis Security

Penulis :

Ts Dr Hadafi Fitri Mohd Latip (012-5015090)

Health Safety Executive

School of Biomedical Engineering & Health Science

Faculty Engineering

 

Deputy Director

Sports Innovation and Technology Centre

Institute Human Centred Engineering

 

Universiti Teknologi Malaysia

Email : Hadafifitri@utm.my

 

 

 

Explore More