April 20, 2024

Search
Close this search box.

Penerusan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) Fasa 4 – 29 April 2020 hingga 12 Mei 2020 bagi warga Universiti Teknologi Malaysia

SURAT PEKELILING PENTADBIRAN BIL. 9/2020

READ THE FULL CIRCULAR STATEMENT (BAHASA MELAYU & ENGLISH)

 

PENERUSAN PERINTAH KAWALAN PERGERAKAN (PKP) FASA 4 29 APRIL 2020 HINGGA 12 MEI 2020
BAGI WARGA UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

 

Selaras dengan pengumuman oleh YAB Perdana Menteri pada 1 Mei 2020 berkaitan kebenaran bagi sektor awam untuk mula beroperasi mulai 4 Mei 2020, adalah dimaklumkan bahawa Universiti akan terus beroperasi sepertimana pelaksanaan dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) terdahulu untuk tempoh PKP Fasa 4 ini yang bermula pada 29 April 2020 hingga 12 Mei 2020.

2. Sepertimana telah dinyatakan dalam Pekeliling Pentadbiran Bil. 26/2020 mengenai Pelanjutan Tempoh Pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) hingga 12 Mei 2020 yang telah dikeluarkan pada 28 April 2020, panduan/peraturan yang berkaitan dengan pelaksanaan operasi Universiti dalam tempoh PKP yang sedang berkuat kuasa akan terus terpakai sehingga tamat tempoh PKP Fasa ke-4 ini.

3. Tempoh 4 Mei 2020 hingga 12 Mei 2020 merupakan Fasa Penyesuaian bagi memberi masa yang mencukupi kepada semua staf untuk persediaan kembali bertugas. Sepanjang tempoh PKP, operasi UTM masih berjalan seperti biasa. Keputusan ini dibuat oleh Universiti dengan mengambil kira kepentingan Universiti yang mana ia tidak menjejaskan operasi Universiti dengan merujuk kepada surat yang dikeluarkan oleh Ketua Setiausaha Negara dan Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam.

4. Amalan bekerja dari rumah (WFH) hendaklah diteruskan sehingga 12 Mei 2020. Bagi perkhidmatan perlu atau keperluan-keperluan kritikal lain untuk hadir ke pejabat, sila buat permohonan melalui Portal MyUTM.

5. Sebarang pemakluman terkini mengenai arahan hadir bekerja, jika ada, termasuk Panduan Kembali Bekerja Pasca PKP akan dimaklumkan oleh Universiti dalam masa terdekat.

6. Buat masa ini semua staf diminta mematuhi peraturan sedia ada. Semua staf juga diingatkan supaya meneruskan amalan penjarakan sosial dan penjagaan kebersihan diri dan keluarga dalam tempoh ini.

Sekian, terima kasih.

“Berkhidmat untuk Negara kerana Allah”

Saya yang menjalankan amanah,

(ABDUL RAZIB BIN HJ. SHAHUDDIN)
Pendaftar

 

READ THE FULL CIRCULAR STATEMENT (BAHASA MELAYU & ENGLISH)

 

Explore More